Sejarah PAS membuktikan satu perkara yang konsisten iaitu konflik dalaman sering bermula apabila suara Mursyidul Am tidak sehaluan dengan Presiden. Apa yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya ulangan skrip lama yang pernah mencalar wajah parti itu sendiri.
Pada tahun 2009, arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Mursyidul Am ketika itu pernah menyatakan hasrat untuk mengadakan muktamar khas bagi menyingkirkan Presiden PAS. Episod itu hampir menggoncang asas parti sebelum akhirnya ditutup dengan kompromi politik.
Hari ini, sejarah itu seakan hidup semula. Teguran terbuka Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin terhadap keputusan menggugurkan keahlian tiga bekas ADUN PAS Perlis bukan sekadar nasihat biasa namun ianya jelas bahawa terdapat wujud perbezaan pandangan yang serius di peringkat tertinggi kepimpinan parti. Apabila seorang Mursyidul Am menyifatkan hukuman parti terhadap tiga ADUN sebagai “tergesa-gesa” dan tidak dirujuk kepada Majlis Syura Ulama, ia secara langsung mencabar naratif bahawa keputusan tersebut kononnya berlandaskan disiplin dan perlembagaan parti semata-mata.
Lebih menarik, Hashim Jasin mengingatkan kepimpinan PAS agar mencontohi pendekatan Rasulullah SAW yang berteraskan hikmah dan tarbiah dalam menangani kesalahan. Kenyataan ini membawa mesej bahawa apa yang berlaku bukan soal disiplin tetapi soal kuasa dan emosi politik. Jika benar hukuman dibuat mengikut acuan Islam yang PAS sering banggakan, mengapa Mursyidul Am sendiri merasakan perlu menegur secara terbuka?
Apabila Majlis Syura Ulama diumumkan akan bermesyuarat semula bagi membincangkan rayuan tiga bekas ADUN terbabit, ia sekali gus mengesahkan bahawa keputusan awal bukan muktamad dari sudut moral dan kepimpinan Islam. Ini menimbulkan persoalan siapa sebenarnya yang membuat keputusan dalam PAS hari ini, Majlis Syura atau kelompok tertentu yang menggunakan perlembagaan sebagai senjata politik?
Konflik seperti ini mendedahkan satu realiti pahit bahawa PAS sering lantang bercakap soal walak dan ketaatan tetapi gagal mengurus perbezaan pandangan di peringkat tertinggi dengan matang. Apabila Mursyidul Am dan Presiden tidak lagi seiring, ahli di bawah menjadi keliru, penyokong menjadi resah dan musuh politik hanya perlu menunggu masa untuk melihat luka itu semakin membarah.
Sejarah telah mengajar PAS bahawa pergeseran antara Mursyidul Am dan Presiden bukan isu kecil. Ia bukan sekadar perbezaan pandangan tetapi petanda kepada krisis kepimpinan yang lebih besar. Jika pada 2009 parti hampir berpecah, hari ini risikonya lebih tinggi kerana rakyat semakin celik dan topeng “politik Islam” semakin sukar menutup konflik kuasa yang sebenar.

![]() |
| Baca di SINI |