Rakaman Audio Ketua Menteri: Siapa Sebenarnya ‘Mansur Bhai’?

Melaka Digest
By -
0
Sidang media ini 'Mansur Bhai' tidak ditampil seperti yang dijanjikan

Melaka terus berdepan episod serangan persepsi yang disifatkan semakin tersusun dan berpanjangan, khususnya melibatkan watak yang dikenali sebagai ‘Mansur Bhai’, seorang individu yang hampir setiap malam tampil di platform TikTok dengan kandungan yang menyerang imej Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Orang luar mungkin merasa pelik siapakah dan mengapakah individu ini bersungguh-sungguh menyerang Ketua Menteri Melaka setiap malam. Namun, menurut beberapa sumber di Melaka ramai yang mengenalinya sebagai “Mr Broker 10 Persen”

Pemerhatian terhadap kandungan yang disiarkan menunjukkan satu pola berulang, setiap tindakan Ketua Menteri dipersoalkan, tanpa mengira konteks atau rasional. Malah perkara remeh seperti pemakaian seluar santai ‘senteng’ juga dijadikan bahan kritikan, seolah-olah bertujuan membina persepsi negatif secara berterusan.

Menurut sumber, serangan terhadap Ketua Menteri ini tidak berlaku secara spontan, sebaliknya dikatakan bermula seawal hari pertama beliau mengangkat sumpah jawatan. Ia dilihat sebagai usaha sistematik untuk melemahkan kredibiliti dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negeri.

Adakah kerana kini 'Mr Broker 10 Persen' ini tidak boleh mencari makan melalui penipuan sejak kerajaan dibawah pentadbiran Ketua Menteri terkini?

Situasi menjadi lebih menarik apabila sumber rapat mendedahkan bahawa Mansur Bhai pernah memohon pertemuan secara peribadi dengan Ketua Menteri. Dalam pertemuan tersebut, Mansur dikatakan mendakwa beliau memiliki maklumat kononnya wujud pihak tertentu yang sedang merancang untuk menjatuhkan Ketua Menteri melalui fitnah termasuk cerita tidak berasas mengenai hubungan dengan wanita.

Namun, apa yang berlaku selepas itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Terkini diperkatakan Mansor Bhai adalah saksi rakaman audio viral yang kononnya dikatakan adalah suara Ketua Menteri sendiri. Dalam rakaman audio itu kononnya Ketua Menteri terlibat dalam perancangan untuk memfitnah pihak lain yang dikenali sebagai ‘Ali Pasir’.

Rentetan itu, naratif mula digerakkan. Ali Pasir dan gengnya tampil mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dengan janji bahawa mereka akan mendapatkan khidmat forensik dari luar negara, termasuk dari London, Bangkok dan Jakarta bagi mengesahkan dakwaan mereka.

Namun sehingga kini, tiada sebarang laporan forensik dikemukakan secara rasmi kepada umum. Apa yang terus berlaku hanyalah siri sidang media dan serangan terbuka yang kebanyakannya disalurkan melalui platform tertentu, termasuk media yang diketahui mempunyai kecenderungan politik tersendiri.

Malah apabila ditanya semula oleh wartawan berkenaan laporan forensik itu, dijawab bahawa ianya tidak relevan kerana saksi lapor kepada polis.

Persoalan utama kini bukan lagi soal rakaman semata-mata tetapi niat dan motif di sebalik pendedahan tersebut. Adakah ia benar-benar bertujuan menegakkan kebenaran atau sekadar sebahagian daripada kempen berterusan demi ketamakan projek dan kuasa.

Dalam landskap politik yang semakin terbuka dan celik maklumat, rakyat kini lebih bijak menilai antara fakta dan persepsi. Apa yang diperlukan bukan drama atau sensasi tetapi ketelusan, bukti sahih dan proses yang berlandaskan undang-undang, bukan rakaman suntingan yang dimainkan di ruang awam tanpa penjelasan tuntas.

Melaka memerlukan kestabilan, bukan polemik berpanjangan dan kebenaran, jika benar wujud, tidak memerlukan gimik untuk berdiri teguh.

Kejayaan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meletakkan Melaka di landasan yang betul menyebabkan ada pihak tidak senang duduk.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)