“Saya Dipergunakan Untuk Jatuhkan Kerajaan Melaka” – Cikgu Chandra Dedah Peranan Ali Pasir & Mansur Bhai

Melaka Digest
By -
0

Seorang pempengaruh media sosial, Cikgu Chandra tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dirinya telah dipergunakan dalam satu permainan politik kotor yang didakwa bertujuan menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka.


Pendedahan melalui akaun TikTok miliknya itu secara langsung mengaitkan dua nama kontroversi, Ali Pasir dan Mansur Bhai yang sebelum ini aktif menggerakkan naratif serangan terhadap kepimpinan negeri.

Dalam kenyataan terbuka yang disifatkan ramai sebagai “pengakuan berani”, Cikgu Chandra mendakwa beliau telah dimanipulasi untuk menyebarkan dakwaan dan persepsi tertentu tanpa mengetahui keseluruhan agenda sebenar di sebalik gerakan tersebut.

Beliau juga secara terbuka mempersoalkan integriti Mansur Bhai berhubung isu wang RM100,000 yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Rauf.

“Soalan saya mudah. Kalau betul kamu terima RM100,000, kenapa duit itu tidak dipulangkan? Kamu sudah joli ke dengan duit itu?” sindir Cikgu Chandra.

Selama ini, Mansur Bhai tampil sebagai ‘saksi’ dan watak utama dalam siri sidang media serta pendedahan audio yang menyerang kepimpinan Melaka. Namun, dakwaan bahawa wang berjumlah besar telah diterima dan dibelanjakan tanpa bukti jelas mula menimbulkan tanda tanya serius tentang motif sebenar dan kejujuran naratif yang dibawa.

Lebih memburukkan keadaan, pengakuan Cikgu Chandra bahawa beliau “dipergunakan” memberi gambaran bahawa kempen yang digerakkan bukan sekadar isu pendedahan tetapi satu operasi terancang untuk membina persepsi dan menggoncang kestabilan politik negeri.

Pendedahan ini juga memberi tekanan langsung kepada Ali Pasir dan Mansur Bhai untuk menjawab persoalan asas yang selama ini dielakkan, ke mana wang itu dibelanjakan, atas dasar apa ia diterima dan mengapa tiada usaha mengembalikannya jika benar mereka mendakwa diri sebagai mangsa atau saksi yang berintegriti.

Soalnya kini adakah akan terus ada sidang media tanpa jawapan, rakaman tanpa konteks dan dakwaan tanpa bukti? Rakyat sedang ditipu secara bersiri.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)