‘Skandal Laksamana–Isteri Orang’: Pendedahan Aib atau Agenda Tersirat?

Melaka Digest
By -
0

Sidang media seorang suami yang mendedahkan dakwaan kecurangan seorang wanita dengan seorang laksamana tentera laut semalam mencetuskan pelbagai persoalan, bukan sahaja tentang moral dan integriti pihak yang terlibat tetapi juga mengenai niat sebenar di sebalik pendedahan terbuka tersebut.


Walaupun disusun dengan elemen dramatik, sidang media itu nyata gagal menampilkan emosi seorang suami yang dikhianati, tiada kesedihan, tiada keinsafan dan jauh sekali rasa malu yang lazimnya mengiringi episod peribadi seumpama ini.

Hakikat bahawa laporan polis telah pun dibuat menimbulkan persoalan, apakah keperluan sebenar untuk mendedahkan secara terperinci hubungan terlarang itu kepada umum?

Dalam undang-undang dan agama, isu kecurangan rumah tangga lazimnya ditangani melalui saluran yang jelas, sama ada melalui tindakan undang-undang, jabatan agama atau perceraian secara terhormat. Namun dalam kes ini, pendedahan awam dipilih, seolah-olah aib dijadikan bahan tontonan bukan untuk menuntut keadilan tetapi untuk mencipta sensasi.

Lebih mengundang tanda tanya ialah motif suami wanita tersebut. Apakah yang sebenarnya ingin dicapai? Keadilan, simpati atau perhatian?

Jika matlamatnya adalah pembelaan maruah, maka pendedahan terbuka yang memalukan semua pihak termasuk diri sendiri sukar untuk dipertahankan secara moral. Malah, ia berisiko mengundang persepsi bahawa isu peribadi telah diperalatkan untuk tujuan lain yang tidak dinyatakan secara jelas.

Dalam kekeliruan ini, peranan Chegu Bard turut dipersoalkan. Apakah kepentingan beliau dalam isu ini? Apa manfaat yang diperoleh daripada menonjolkan kes ini ke ruang awam? Apabila pihak ketiga tampil lantang dalam konflik rumah tangga orang lain, garis antara perjuangan prinsip dan eksploitasi sensasi menjadi semakin kabur.

Kes ini akhirnya membuka satu persoalan lebih besar, adakah pendedahan aib peribadi secara terbuka benar-benar membawa keadilan atau sekadar memenuhi agenda tersembunyi pihak tertentu?

Dalam masyarakat yang masih menjunjung nilai maruah dan adab, persoalan ini wajar dijawab dengan jujur bukan ditenggelamkan oleh drama dan naratif separuh masak.
 

Jika diamati apa yang keluar dari mulut sang suami seperti ketika beliau menyebut "dia ada title Dato Seri" dengan bahasa badannya seolah dia seorang suami yang kecewa sangat. Seperti ada 'cebik bibir' di situ.

Ketika dia dedahkan tarikh perkahwinannya, baru sedar bahawa pasangan ini baru sahaja menikah dan dibuat di luar negara. Kenapa ya?
 
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)