Tiada Bukti Kukuh Hubungan Laksamana–Dasyarina Menjurus Kepada Zina

Melaka Digest
By -
0

Penilaian terhadap dakwaan hubungan terlarang yang tular melibatkan seorang laksamana tentera laut dan seorang wanita bernama Dasyarina Sarilah Daud menunjukkan bahawa setakat ini, tiada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan berlakunya perbuatan zina seperti yang digembar-gemburkan.


Berdasarkan sidang media yang disiarkan semalam, individu yang mengaku sebagai suami kepada Dasyarina hanya menyandarkan kenyataannya kepada rakaman video atau CCTV yang didakwa diperoleh dan dipersembahkan oleh pihak ketiga. Namun, beliau sendiri tidak melakukan tangkapan secara langsung, tidak menjalankan serbuan dan tidak bertindak bersama mana-mana pihak berkuasa ketika kejadian yang didakwa berlaku.

Lebih penting, tiada sebarang bukti fizikal atau dokumentari yang menunjukkan berlakunya hubungan seksual terlarang. Apa yang didedahkan setakat ini hanyalah penemuan mesej peribadi di dalam telefon bimbit isterinya yang menggunakan panggilan mesra seperti “sayang” dan “baby”. Dari sudut undang-undang dan syarak, penggunaan bahasa romantik semata-mata tidak boleh disamakan dengan bukti perlakuan zina atau menjurus ke arah hubungan terlarang itu jika hanya CCTV menunjukkan pasangan memasuki bilik bersama.


Malah, dakwaan terbuka yang dibuat tanpa sandaran bukti kukuh berisiko besar mengundang implikasi undang-undang. Pendedahan secara terbuka yang mengaitkan individu tertentu dengan perbuatan zina boleh ditafsirkan sebagai fitnah, selain berpotensi merosakkan reputasi dan imej seseorang, khususnya apabila melibatkan pegawai kanan pasukan keselamatan negara.


Menurut sumber, pihak Polis Diraja Malaysia hanya boleh menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan, antaranya dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain. Namun begitu, siasatan sedemikian juga memerlukan bukti yang jelas, objektif dan boleh diterima di sisi undang-undang bukan sekadar persepsi, andaian atau tafsiran peribadi terhadap rakaman dan mesej.

Kes ini wajar ditangani secara berhemah, berlandaskan fakta dan saluran perundangan yang betul. Dalam negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, maruah individu tidak boleh dijadikan korban kepada pendedahan sensasi tanpa bukti yang sahih. Prinsip keadilan menuntut agar setiap dakwaan dibuktikan, bukan dihakimi melalui naratif awam yang dibentuk oleh emosi dan tekanan persepsi.

“Menuntut keadilan” bukan dengan menggunakan saluran sensasi tetapi beliau sepatutnya membuat aduan secara rasmi ke pejabat agama kata sumber lagi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)