Tiada SD: ADUN PAS Perlis Di Pecat Untuk Lindungi Khianat Dato Taki?

Melaka Digest
By -
0

1. Mengejutkan! Satu khabar yang hampir dengan pejabat Mufti Perlis membisikkan, sebenarnya tiada SD ditandatangani oleh 3 Adun Perlis.

2. Pohon Dr MAZA untuk mengesahkan. Wartawan perlu tanya untuk sahkan.

3. Sesiapa pun tidak pernah melihat dokumen itu apa sebenarnya - SD, kertas atau kosong sahaja.

4. MB sendiri kata letak jawatan kerana kesihatan, Tuanku Raja juga tidak sebut sebabnya adalah SD.

5. Majlis Syura, AJK Kerja Pas, sesiapa pun tak pernah melihat SD.

6. Malah, hero perancang utama dalam pemecatan 3 amilin Pas itu Dato' Seri Takiyuddin Hassan pun tak pernah tengok.

7. Dokumen apa pun tak tahu, tak pernah lihat, tapi report Dato Taki telah menyebabkan 3 Adun telah dipecat daripada Pas.

8. Yang jelas, pengkhianat sebenar yang patut dipecat dalam Pas adalah Dato Taki.

9. Beliaulah yang menerima titah Raja Perlis supaya Pas menukar MB.

10. Bukan sekali bersama DS Hamzah, tetapi 2 kali. Dua-dua dia diamkan titah.

11. Kemudian Dato Taki pula yang jadi hakim ketika soal jawab 3 Adun tersebut dengan Harian Pas pada 21 Disember 2025.

12. Malah, Dato Taki membuat laporan dalam Mesyuarat AJK Kerja Pas Pusat pada 24 Disember 2025.

13. Tiga Adun dipecat, tapi Dato Taki, pengkhianat sebenar selamat.

14. Dato Taki selamat sebab berjaya lindungi khianatnya dengan pecat 3 Adun sendiri yang tak sempat membela diri.

15. Kerja-kerja Dato Taki telah menjatuhkan kerajaan Pas Perlis, ini disembunyikan ketat-ketat.

16. Berlaku adillah wahai pemimpin pejuang Islam dalam Pas, jangan zalimi ahli dalam jamaah ini.

17. Usrah dan Nuqaba' selalu pesan tentang 'mereka yang gugur' tetapi kita zalim dengan 'gugurkan mereka' hanya semata-mata emosi dan laporan Dato Taki.

18. Kamu buang pejuang yang malang. Kamu simpan pengkianat yang jahat. Takutlah kamu kepada Allah. Ittaqullah!

19. Seperti biasa ahli Pas terus diulit kononnya ini keputusan jamaah, perlu wala' dan bara' walau untuk 30 tahun lagi. Perlu 'move on'.

20. Ahli Pas terus ditipu Dato Taki - sama ditipu dalam agenda penubuhan PN dulu tanpa kelulusan Majlis Syura dan AJK.


Dari akaun Tik Tok Man Kola
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)