Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini memasuki fasa paling kritikal apabila 14 Ketua Bahagian BERSATU Negeri Perak tampil secara terbuka mengemukakan memorandum rasmi mendesak pemecatan serta-merta Hamzah Zainudin daripada jawatan Timbalan Presiden dan juga keanggotaan parti.
Desakan keras itu memperlihatkan perpecahan dalaman yang bukan lagi bersifat tersirat tetapi telah meledak secara terbuka dan terancang.
Menurut kenyataan rasmi Ketua Penerangan BERSATU Pusat, Tun Faisal, memorandum berkenaan telah dihantar kepada Presiden BERSATU, Muhyiddin Mohd Yassin serta Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Lebih signifikan, pendirian pimpinan Perak itu disifatkan sebagai tegas, muktamad dan tidak boleh ditawar-menawar sekali gus memberi tekanan maksimum kepada kepimpinan pusat untuk bertindak segera.
Pimpinan negeri Perak menegaskan desakan tersebut bukan berasaskan sentimen peribadi atau perbezaan pandangan politik sebaliknya berpunca daripada dakwaan salah laku kepimpinan berat serta pelanggaran Perlembagaan parti secara sistematik. Antara tuduhan paling serius ialah kegagalan Hamzah memelihara disiplin organisasi, selain didakwa membiarkan penyokongnya mencetuskan ketidakstabilan dalaman yang semakin meruncing.
Lebih membimbangkan, memorandum itu turut mengaitkan Hamzah dengan gerakan Akuan Berkanun (SD) yang didakwa bertujuan menjatuhkan Presiden parti. Tuduhan ini, jika benar, bukan sekadar perbezaan pendapat tetapi satu bentuk sabotaj dalaman yang boleh menggugat kelangsungan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Selain itu, pimpinan Perak turut menyenaraikan rentetan kegagalan lain yang didakwa membuktikan ketidakupayaan Hamzah sebagai pemimpin utama parti.

Antaranya termasuk kegagalan menyelesaikan kemelut dalaman BERSATU Perak, prestasi lemah sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah, kegagalan menangani krisis dalam Sayap Bersekutu serta kegagalan menjalankan peranan sebagai Ketua Pembangkang secara berkesan. Turut dibangkitkan ialah dakwaan rundingan politik dengan pihak luar tanpa mandat kepimpinan tertinggi serta percubaan menggagalkan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025.
Pimpinan negeri itu memberi amaran keras bahawa sebarang kelewatan atau keengganan MPT bertindak akan menghakis keyakinan akar umbi sekali gus menjejaskan kestabilan dan kesiapsiagaan parti menghadapi PRU16. Amaran ini memperlihatkan betapa seriusnya keresahan di peringkat negeri, yang kini mula mempersoalkan ketegasan kepimpinan pusat dalam mengurus konflik dalaman.
Perkembangan ini menjadi lebih signifikan apabila ia menyusul selepas BERSATU Negeri Sembilan sebelum ini mengemukakan memorandum berasingan yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Hamzah serta mendesak tindakan disiplin tegas diambil. Dengan dua negeri tampil secara terbuka dalam tempoh singkat, krisis dalaman BERSATU kini jelas berada pada tahap yang sukar dipulihkan tanpa tindakan drastik.
Memorandum Negeri Perak itu ditandatangani oleh Ketua-Ketua Bahagian Tambun, Batu Gajah, Ipoh Barat, Bagan Datuk, Tanjong Malim, Taiping, Lenggong, Lumut, Parit Buntar, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Gerik, Beruas dan Parit.

Antara tokoh yang terlibat termasuk Ahmad Faizal Azumu (Tambun), Mohader Ahmad Mohammad Ayob (Batu Gajah), Mohammad Iskandar Abdul Rahman (Ipoh Barat), Muhammad Yadzan Mohammad (Tanjong Malim) serta sokongan padu kepimpinan negeri dan sayap Srikandi.
Setakat ini, Hamzah Zainudin masih berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung memorandum bersejarah itu. Namun, dalam politik, diam juga adalah satu mesej. Persoalan besar kini tertumpu kepada satu perkara, adakah MPT BERSATU akan bertindak tegas, atau membiarkan api krisis ini terus marak sehingga membakar masa depan parti sendiri?