Sah Ketua Srikandi BERSATU Tidak Bersama Muhyiddin?

Melaka Digest
By -
0

Satu majlis yang sepatutnya menjadi medan menyatukan kepimpinan tertinggi BERSATU bertukar menjadi cerminan jelas krisis dalaman yang semakin membarah.


Majlis khas yang dirancang untuk menghimpunkan barisan pimpinan tertinggi parti termasuk Ahli Parlimen, ADUN serta tetamu jemputan gagal mencapai matlamat asasnya apabila kehadiran wakil rakyat Parlimen dilaporkan tidak mencecah 20 orang.


Lebih mencuri perhatian ialah ketiadaan Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah. Ketidakhadiran tokoh wanita nombor satu parti itu bukan sekadar isu kehadiran fizikal tetapi membawa makna politik yang jauh lebih besar iaitu satu isyarat jelas bahawa kepimpinan tertinggi parti tidak lagi berada pada gelombang yang sama.


BACA Naib Presiden, Ronald Kiandee turut mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan di SINI.

Walaupun dua Naib Presiden BERSATU, Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan hadir bersama Ketua Armada, Hilman Idham, ketiadaan kelompok yang sering dikaitkan sebagai “kumpulan Hamzah” menimbulkan pelbagai tafsiran. Nama Mas Ermieyati yang turut dikaitkan dengan kelompok tersebut menguatkan persepsi bahawa perpecahan dalaman kini bukan lagi rahsia tertutup, sebaliknya sudah diterjemahkan melalui tindakan terbuka.

sedang viral

sedang viral

Keadaan menjadi lebih janggal apabila pertemuan khas yang kononnya strategik terpaksa “dijenamakan semula” sebagai majlis sempena menyambut Ramadan. Langkah ini dilihat bukan sahaja mencerminkan kegagalan mengumpulkan sokongan kepimpinan malah memberi gambaran seolah-olah parti cuba menutup kelemahan mereka. Bagi pemerhati politik, ini adalah episod yang memalukan.


Ketiadaan Ketua Srikandi dalam majlis sepenting ini membawa implikasi besar. Ia bukan sahaja menjejaskan naratif kesatuan parti malah mengundang persoalan serius terhadap tahap sokongan sebenar kepada Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU. Apabila sayap wanita yang sering menjadi tulang belakang jentera akar umbi dilihat menjauh, maka Muhyiddin perlu lakukan sesuatu.
 
Khabarnya yang tidak hadir bakal menerima 'hukuman'?

Jika diperhatikan 'whatsApp' yang sedang tular, kesemua mereka yang tidak hadir adalah 'biadap'.
 
sedang viral

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)