Ahli Parlimen Ketereh, Dato' Khlir Mohd Nor, menyatakan kesediaannya untuk dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) susulan pendiriannya yang menyokong bekas Timbalan Presiden parti, Dato' Seri Hamzah Zainudin.
“Saya memang menunggu untuk dipecat, bersedia dengan apa-apa tindakan kerana secara terbuka melawan arus,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Khlir menegaskan sokongannya kepada Hamzah dibuat atas keyakinan bahawa pemimpin itu berada di landasan yang betul.
“Jika mereka mahu pecat saya, itu urusan mereka. Saya kekal bersama Datuk Seri Hamzah kerana beliau seorang yang baik dan layak memimpin BERSATU,” ujarnya menurut NST.
Terdahulu, beberapa pemimpin BERSATU termasuk dilaporkan dipecat selepas menyatakan sokongan kepada Hamzah yang turut dipecat atas pelanggaran disiplin parti.
Kredit: Utusan Malaysia, NST
