Melalui catatan di akaun facebook rasmi milik Nurul Syazwani Noh, Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia yang juga anak kepada Noh Omar, beliau meluahkan kekecewaan di atas apa yang berlaku.
Namun dari catatan tersebut boleh dikatakan bahawa beliau memilih Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjalanan politiknya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Srikandi, Shimah Nordin dikatakan memilih untuk terus bersama Mas Ermieyati dan menurut sumber beliau lebih awal telah meletakkan jawatannya.
Saya letih tipu diri dua hari.
But pagi ni … saya tak mampu lagi untuk menafikan apa yang saya rasa.
Ya, saya kecewa.
Dato’ Seri Hamzah Zainudin adalah ayahanda saya dalam Bersatu. Saya masuk ke dalam Bersatu kerana beliau dan peluang yang saya dapat pada hari ini juga adalah kerana beliau .
Dan abah saya, Noh Omar, juga sudah meletakkan jawatan dalam MPT.
Orang boleh tafsir macam-macam.
Tapi yang menanggung rasa… hanya kita yang tahu.
Saya mungkin diam,
tapi jangan sangka saya tidak terasa.
Namun sebagai ahli parti saya hormati dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah diambil dan dilaksana.
Kecewa itu ada.
Namun prinsip dan maruah tetap saya pegang. Amanah yang saya pegang tetap saya julang.
Perpaduan ummah adalah matlamat saya !
Dan saya masih mendoakan yang baik baik untuk semua .
Ps: Gambar adalah bunga daripada ayahanda sempena hari jadi saya. Haa Korang pernah dapat bunga dari Ds Hamzah ?
ko hado ?


