Perletakan jawatan Mas Ermieyati dan pembubaran Bersatu Bahagian Masjid Tanah rupanya tidak terhenti di situ sahaja. Jika dilihat kepada kenyataan dari Ketua Penerangan Bersatu pusat, Tun Faisal mendedahkan 'Lafaz Bai'ah dan Sumpah' yang dibuat oleh setiap calon yang bertanding atas tiket parti Bersatu.
Mereka yang terlibat bukan sahaja berkait dengan laknat dari ALlah tetapi wajib membayar denda sehingga RM10juta.
Jika diamati dalam dalam klausa 'Lafaz Bai'ah dan Sumpah', tertera di para 3, "Berikrar dan bersumpah Wallahhi, Wabillahi, Watallahi akan meletakkan jawatan dari Ahli Dewan Negeri, Dewan Rakyat, Dewan Negara tersebut atau apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan bersetuju untuk membayar RM10juta kepada parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan serta merta" maka bukan setakat Mas Ermieyatie sahaja, ianya terpakai untuk semua yang dipecat dan keluar dari parti yang berjawatan seperti yang tersebut.
Dari akaun facebook rasmi Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal:
MAS ERMIEYATI LETAK JAWATAN
1. Alhamdulillah.
2. Ada yang mengharapkan agar Lembaga Disiplin pecat mereka. Rupanya sampai hari ini mereka masih belum dipecat.
3. Baguslah kalau ada yang fikir takutkan laknat Allah dan tak mahu makan gaji haram atau takut kena bayar RM10 juta kepada BERSATU.
4. Bukan macam sesetengah pihak yang sanggup makan gaji haram hasil penipuan dan pengkhianatan terhadap pengundi-pengundi mereka apabila mereka sanggup membentuk kerajaan dengan cara menipu YDPA dan ahli-ahli parti serta mengkhianati undi pengundi-pengundi mereka.
5. Itupun ada juga yang melafaz baiah dan sumpah, tetapi tetap tidak patuh kepada Perlembagaan parti dan melanggar arahan parti.
6. Haram ke tak haram tu?

