Tular tangkap layar yang dikatakan datangnya dari grup whatsapp kepimpinan tertinggi Bersatu berhubung isu kebiadapan PAS terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yasin.
“Jika rakan komponen PN bersikap biadap terhadap presiden kita sehingga presiden mengambil pendekatan untuk melepaskan jawatan Pengerusi, saya berpandangan tiada keperluan untuk BERSATU kekal berada dalam PN, Saya cadangkan kita keluar dari PN sekali gus”
Namun kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja tidak dipersetujui oleh Ketua Penerangan Bersatu Pusat, Tun Faisal:
“Rasanya lebih bagus jika Pas yang keluar DS Peja, mereka pun nak ke MN dah. Sikap biadap ni tak wajar dibiarkan”.
Dari sebahagian tangkap layar tersebut, pemerhati politik tempatan berpandangan sebenarnya kepimpinan Bersatu sudah pun bersedia dalam apa juga keadaan sekali pun samada PAS tinggalkan Perikatan Nasionan atau Bersatu keluar dari gabungan tersebut.
Pas pun mutakhir telah membuat keputusan bahawa pengganti Muhyiddin bagi jawatan Pengerusi PN adalah milik mereka.
Namun Peja menafikan mesej di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.





