Pada hari ini, Bersatu Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan satu mesyuarat khas, di mana ianya telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Sayap, serta Ketua-Ketua Cawangan Bersatu Masjid Tanah.
Pertemuan selama 2 jam ini telah berlangsung dengan baik dan YB Datuk Wira Ketua Bahagian telah memberi penjelasaan tentang perkembang terkini konflik politik Bersatu.
YB Datuk Wira Ketua Bahagian juga telah memberi peluang dan ruang untuk semua yang hadir memberikan pandangan dan bertanyakan soalan-soalan.
Akhirnya, pada mesyuarat khas tersebut:-
1. YB Datuk Wira Ketua Bahagian telah memaklumkan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah.
2. Ini diikuti pula dengan perletakan jawatan oleh Ketua - Ketua Sayap dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian serta ketua – ketua cawnagan yang hadir pada mesyuarat khas tersebut.
3. Sesi mesyuarat khas ini juga telah merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah bahawa tindakan ini dilakukan atas faktor telah kehilangan kepercayaaan kami kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
4. Dengan perletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
Shahrul Azhar bin Amir
Mantan Setiausaha Bahagian Bersatu Masjid Tanah
Perletakan jawatan:-
1. YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin - Ketua Bahagian
2. Tuan Haji Roslan bin Joned – Naib Ketua Bahagian
3. Norihan binti Bahari – Ketua Srikandi Bahagian
4. Muhammad Majidul Ikhwan bin Md Jidin – Ketua Armada Bahagian
5. Shahrul Azhar bin Amir – Setiausaha Bahagian
7. Md Isa bin Jani – Ketua Penerangan Bahagian
8. Dr. Nordina binti Abd Latif – Bendahari Bahagian
9. Zamri bin Abd Latif – Pengerusi Tetap Bahagian
10. Atan bin Mohamad – AJK Bhgn
11. Md Rife bin Wazir – AJK Bhgn
12. Maria binti Mohd Yusof - AJK Bhgn
13. Riduan bin Bakar - AJK Bhgn
14. Shamsir bin Haron - AJK Bhgn
15. Rozaidi bin Jantan - AJK Bhgn
16. Kamarina bin Razak - AJK Bhgn
17. Zainal bin Kasim - AJK Bhgn
18. Faizal bin Suman - AJK Bhgn
19. Abu Zaid bin Atan – AJK Bhgn
20. Asrulnizam bin Mohd Noor - AJK Bhgn
21. Rizal bin Abu Serah – Pemeriksa Kira-kira Bahagian 1
22. Roslina binti Abdul Rahman - Pemeriksa Kira-kira Bahagian 2
23. Siti Mariam binti Mat Isa – Ketua Penerangan Srikandi Bahagian
24. Siti Zaharah binti Md Salleh – Penolong Setiausaha Srikandi Bahagian
25. Mohd Nazirulmubin bin Ali - Penolong Setiausaha Armada Bahagian
26. Umar Bakhi bin Abu Zaid – Penolong Bendahari Armada Bahagian
27. Mohd Hafiz bin Ismail – Ketua Penerangan Armada Bahagian
28. Nasirah binti Roslan – Naib Ketua Srikandi Muda Bahagian
29. Noorsyakila binti Nordin – Penolong Setiausaha Srikandi Muda Bahagian
30. Siti Fairus binti Mohd Isa – Penolong Bendahari Srikandi Muda Bahagian
31. Mohd Ali Hanifiah – Ketua Cawangan
32. Omar bin Othman – Ketua Cawangan
33. Mazlan bin Md Ali – Ketua Cawangan
34. Mat Zin bin Leper – Ketua Cawangan
35. Tuan Hj Rozambri bin Kambol – Ketua Cawangan
36. Abdul Ghafar bin Mudyzafar – Ketua Cawangan
37. Muhammad Nurakmal Izzad bin Md Fadzli – Ketua Cawangan
38. Syed Fauzi bin Syed Abdulla – Ketua Cawangan
39. Muhammad Fadhli bin Baharuddin – Ketua Cawangan
40. Zakariah bin Mabat – Ketua Cawangan
