Dua bahagian lagi Di Sabah mengumumkan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa Bahagian sekaligus mengumumkan pembubaran bahagian mereka. Bahagian Penampang dan Beaufort mengumumkan keputusan tersebut semalam.
Dengan pengumuman tersebut, jumlah keseluruhan bahagian BERSATU yang telah membubarkan bahagian mereka ialah 50 bahagian.
Sehingga kini, Negeri Johor mencatat pembubaran bahagian terbanyak iaitu 11 bahagian, diikuti oleh di Perak sebanyak 9 bahagian, Selangor dan Sabah masing-masing 7 bahagian, Melaka 5 bahagian, Pulau Pinang 3 bahagian, Sarawak, Pahang dan Wilayah masing-masing 2 bahagian dan Kedah serta Terengganu satu bahagian.
Perkembangan ini dijangka akan berterusan sebagai tindakan protes terhadap kepimpinan tertinggi parti BERSATU yang diketuai oleh Muhyiddin.
