Penyusunan semula kepimpinan dalam Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini mendedahkan satu strategi licik dari kumpulan yang selama ini mempengaruhi Hadi Awang dalam membuat keputusan di dalam PAS termasuk menyusun agar “kumpulan anti kopiah” terus kekal menguasai PAS.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana kesemua presiden parti di dalam gabungan PN berada di bawah Naib Presiden PAS termasuk Muhyiddin Yassin dan paling ‘hina’, Timbalan Presiden PAS turut berada di bawah Samsuri.
Menurut pemerhati politik. Jika diperhatikan secara halus, struktur baharu ini bukan sekadar perubahan organisasi biasa tetapi seolah-olah memperlihatkan bagaimana kuasa sebenar sedang dicatur dari luar struktur rasmi.
Dalam masa yang sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, tidak memegang jawatan utama dalam struktur PN, namun pengaruhnya dilihat tetap berada di puncak.
Pemimpin yang lantang seperti Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini pernah mengkritik kelewatan kepimpinan pusat PAS dalam bertindak terhadap isu Perlis, kini dilihat sekadar memegang peranan Bendahari dalam struktur PN pusat. Peranan tersebut dilihat lebih bersifat pentadbiran berbanding pengaruh politik yang besar dengan kata lain Sanusi di masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Lebih menarik, Timbalan Presiden PAS(Tuan Ibrahim) yang pernah disebut-sebut oleh sebahagian akar umbi dalam muktamar sebagai calon Perdana Menteri daripada PAS, akhirnya hanya diletakkan sebagai Timbalan Pengerusi PN bagi mewakili parti tersebut. Susunan ini seolah-olah memberi isyarat bahawa suara akar umbi yang pernah mengangkat nama tersebut tidak semestinya menentukan hala tuju sebenar parti dan Hadi secara terang-terangan menolak suara akar umbi PAS dalam muktamar tahun lepas.
Dalam masa yang sama, walaupun Pengerusi PN kini dipegang oleh Ahmad Samsuri, realitinya beliau tetap berada di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Secara politik, ini mewujudkan satu situasi unik, ketua gabungan berada dalam struktur, tetapi autoriti moral dan politik masih berpusat kepada presiden parti.
Bagi pemerhati politik, ini memperlihatkan satu strategi yang cukup licik. Tanpa perlu memegang jawatan rasmi dalam struktur PN, presiden parti masih mampu menentukan arah dan keputusan penting melalui tokoh yang dipercayai memegang jawatan dalam organisasi tersebut.
Dalam konteks ini, perjalanan politik Ahmad Samsuri sendiri sering dilihat sebagai contoh bagaimana laluan kepimpinan itu dibina sejak awal. Bermula daripada peranan sebagai pegawai khas, kemudian diberikan kerusi yang selamat dalam pilihan raya, sebelum secara berperingkat disusun naik dalam struktur parti sehingga kini muncul sebagai wajah utama PN menjelang pilihan raya akan datang.
Kimpulan ulama di dalam PAS sejak dahulu lagi cuba ditolak beransur-ansur dan terakhir adalah apabila Mat Sabu mencabar Hadi Awang di jawatan Presiden yang berakhir dengan lahirnya parti AMANAH. Mat Sabu kalah dalam perebutan jawatan tersebut.
Hadi sudah boleh baca bahawa kemungkinan pemberontakan dalaman juga dilihat amat kecil.
Cara Hadi mengawal kelompok ulama dalam PAS adalah dengan ‘menghalalkan’ dan memberi laluan mudah kepada geng ‘tidak berkopiah’ memimpin PAS dengan tiada lagi slogan “Ulama Memimpin”.
Jika Hadi membenarkan golongan ulama menjadi orang nombor satu dalam PAS maka sejarah Hadi sebagai pemimpin “terpaling alim” akan terpadam sendirinya, jadi biarlah geng kononnya ‘terpaling profesional’ naik. Pengikut dan pentaksub dengan mudah menelan dalil rekaan untuk membenarkan kumpulan tidak berkopiah ini memimpin PAS dan Hadi akan selamat selamanya.
