Perjanjian ART Batal

Melaka Digest
By -
0


Perjanjian Agreement on Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kini terbatal susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata keputusan mahkamah yang membatalkan langkah tarif Presiden AS, Donald Trump, menjadikan perjanjian berkenaan tidak lagi terpakai.

“Ia bukan sekadar ditangguhkan. Ia sudah tidak wujud, ia terbatal. Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa jika mahu mengenakan tarif, mesti ada sebab yang jelas,” katanya.

Beliau berkata AS kini menggunakan peruntukan Seksyen 122 Akta Perdagangan yang memperkenalkan tarif sementara sebanyak 10% selama lima bulan, sebelum kemungkinan semakan lanjut di bawah Seksyen 301 akta sama. 

Jelas beliau, beberapa sektor eksport utama Malaysia seperti elektrik dan elektronik, minyak dan gas serta produk getah berpotensi terjejas, memandangkan nilai eksport negara ke pasaran AS mencecah kira-kira RM233 bilion pada 2025.

Terdahulu, Mahkamah Agung AS telah membatalkan tarif yang dikenakan di bawah International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) selepas memutuskan langkah tersebut melangkaui kuasa yang diperuntukkan undang-undang itu.

Sumber: NST
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)