Janawibawa: Menteri Kewangan Bertindak Mengikut Minit Mesyuarat Muhyiddin

Melaka Digest
By -
0


Pihak pendakwaan kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa keputusan yang dibuat oleh Menteri Kewangan ketika pelaksanaan program Jana Wibawa adalah berdasarkan minit mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata tindakan yang diambil oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, tidak memberikan sebarang keuntungan kepada beliau mahupun sekutunya.

“Kami akui wang berjuta-juta ringgit itu tidak masuk ke dalam poket tertuduh sendiri, tetapi dimasukkan ke dalam akaun sekutunya iaitu BERSATU di mana tertuduh adalah Presiden,” katanya dalam ucapan pembukaan kes di mahkamah.

Pihak pendakwaan akan bergantung kepada dokumen, keterangan langsung dan bukti keadaan bagi membuktikan kes tersebut, selain memanggil kira-kira 30 saksi sepanjang perbicaraan. 

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berdepan empat pertuduhan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana berjumlah ratusan juta ringgit yang didakwa diterima untuk parti itu.




Sumber
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)