Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (WAF), menegaskan bahawa jawatan Ketua Pembangkang yang kini dipegang Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah hasil ijtihad Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan bukan penamaan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
Ketika mengulas kenyataan wakil PAS, Zaharudin Muhammad, Wan Fayhsal menegaskan beliau hadir sebagai saksi hidup dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di mana keputusan tersebut diumumkan. Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Muhyiddin menamakan Hamzah adalah “palsu” dan mengelirukan.”
Menurutnya, hubungan Hamzah dengan pimpinan PAS, termasuk Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dr. Sam, dan Dato’ Taki, adalah sangat baik malah lebih rapat daripada hubungannya dengan TS Muhyiddin.
“Maknanya, Hamzah tidak akan membuat keputusan semberono tanpa persetujuan PAS dan PN,” katanya.
Wan Fayhsal turut menekankan pengalaman dan kepakaran Hamzah sebagai ahli parlimen kedua paling senior dalam PN dan bekas Ahli Jemaah Menteri. Beliau menegaskan bahawa pemilihan Hamzah adalah berasaskan merit dan kefahaman mendalam tentang seni politik dan pembuatan dasar di Dewan Rakyat.
Dalam nasihat beliau kepada pihak yang membuat pandangan spekulatif, Wan Fayhsal menyifatkan cadangan songsang itu sebagai tidak berpijak pada fakta dan realiti politik sebenar, malah menyerupai naratif “ceplos” pihak tertentu.
Beliau menegaskan ijtihad Presiden PAS dalam menilai ancaman dalaman dan luaran, termasuk isu Sabah, Sarawak, Istana dan agensi perisikan, adalah asas kepada keputusan strategik tersebut.
“Boleh berbeza pandangan, tetapi jangan bagi pandangan yang pelik dan tidak berpijak pada hakikat,” kata Wan Fayhsal.
Zaharudin dalam status facebook beliau menyatakan bahawa Dr Samsuri Mokhtar lebih layak menjadi Ketua Pembangkang.
“Antara Hamzah dan Dr Sam, bagi saya jauh baik Dr Sam jadi ketua pembangkang kerana penting keselarasan gerak kerja. Katanya.
Sumber
