Kes Mahkamah: EXCO Pulau Pinang Diganti, EXCO Terengganu Dikekalkan

Melaka Digest
By -
0

Dalam politik Malaysia, prinsip sering diangkat tinggi ketika berucap tetapi menjadi relatif apabila berdepan realiti kuasa.


Perbandingan antara tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Terengganu dalam mengurus isu melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang berdepan kes mahkamah memperlihatkan satu persoalan besar, adakah prinsip integriti benar-benar konsisten atau sekadar bergantung pada lokasi dan kepentingan politik?

Di Pulau Pinang, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol telah ditamatkan perkhidmatan sebagai EXCO dan digantikan oleh ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik. Pelantikan tersebut dibuat mengikut Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan diperkenan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib. Langkah ini dihujahkan sebagai selaras dengan keperluan menjaga imej dan integriti pentadbiran negeri.

Goh Choon Aik pula tampil dengan profil profesional yang kemas berpengalaman sebagai perancang bandar berdaftar, bekas pegawai Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang serta pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Seberang Perai. Pendek kata, mesej yang cuba disampaikan jelas iaitu Pulau Pinang mahu dilihat tegas, berprinsip dan tidak berkompromi apabila timbul isu melibatkan EXCO.

Namun gambaran yang sama tidak kelihatan di Terengganu, negeri yang kononnya diperintah oleh parti berlabel ‘Islamik’. Seorang EXCO kerajaan negeri masih dikekalkan walaupun sedang berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan dakwaan salah guna kuasa, khususnya melibatkan dua anaknya yang didakwa memperoleh pekerjaan dengan kerajaan negeri Terengganu. Kes ini bukan isu teknikal kecil tetapi melibatkan dakwaan konflik kepentingan, perkara yang sering dijadikan bahan kritikan keras dalam wacana integriti dan tadbir urus.

Jika di Pulau Pinang, EXCO diganti atas prinsip menjaga kepercayaan awam, mengapa di Terengganu prinsip yang sama tidak terpakai? Jika alasan Pulau Pinang ialah imej kerajaan dan akauntabiliti, adakah imej dan akauntabiliti itu kurang penting di Terengganu?

Lebih menarik, tindakan mengekalkan EXCO Terengganu hanya bersandarkan alasan "seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" (presumption of innocence), “biar mahkamah tentukan” boleh digunakan untuk mempertahankan kedudukan EXCO Terengganu, mengapa prinsip yang sama tidak digunakan di Pulau Pinang? Atau sebenarnya prinsip itu fleksibel, berubah mengikut siapa yang memegang kuasa?

Pecat jawatan EXCO dan bukannya jawatan ADUN, itu pun kerajaan PAS Terengganu tidak mampu lakukan. 
 
Malu pada DAP! 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)