RM1.1 Bilion: Rafizi Dipanggil SPRM

Melaka Digest
By -
0

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan perjanjian RM1.1 bilion antara kerajaan dan sebuah syarikat asing.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan sudah dirakam keterangan.

Ini termasuk seorang bekas menteri serta pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Saya tidak mahu sebut nama, tetapi seorang bekas menteri telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Menurutnya, siasatan dilancarkan susulan aduan berkaitan projek antara kerajaan Malaysia dan syarikat UK Arm Holdings.

“Kami sedang menentukan sama ada terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penipuan atau isu tadbir urus,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mendakwa siasatan SPRM terhadapnya bermotif politik.

Ahli Parlimen PKR itu menegaskan dakwaan berhubung Program Wawasan Silikon dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) telah melalui proses kelulusan kerajaan termasuk mendapat sokongan Jemaah Menteri.
 
Sumber 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)