Muhyiddin Calon PM Pintu Belakang - Ronald Kiandee

Melaka Digest
By -
0


Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Ronald Kiandee, mendakwa usul mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-11 dari Perikatan Nasional dibawa “melalui pintu belakang” tanpa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025.

“Sebagai Naib Presiden serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pada ketika itu, saya mengesahkan usul itu dibuat melalui pintu belakang dan tidak langsung dibincangkan dalam Mesyuarat MPT yang diadakan sebelum PAT berkenaan,” kata Ronald ketika mengulas kenyataan Naib Presiden BERSATU, Faizal Azumu dalam satu podcast.

Beliau menjelaskan bahawa beberapa AMPT sempat membangkitkan isu pencalonan dan persoalan berkenaan usul-usul yang akan dibawa, tetapi Presiden parti memberi jaminan bahawa perkara tersebut hanya akan dibincangkan selepas PAT.

Namun, usul Muhyiddin tetap dibentangkan secara mengejut oleh Ketua Penerangan, dan menurut Ronald, “para pembahas tertentu telah diaturkan untuk membawa naratif tersebut.”

Ronald dalam kenyataan yang sama mendakwa Faizal membuat kenyataan mengelirukan ahli parti mengenai pencalonan.

“Sikap Datuk Seri Faizal Azumu yang tidak jujur dan penuh kepura-puraan tidak mempunyai asas moral untuk memerli PAS atau Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu berkenaan etika berorganisasi, terutamanya dalam proses penentuan calon Perdana Menteri. Sepatutnya dia cermin dirinya dahulu. Katanya menerusi facebook, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa kenyataan Faizal bahawa Muhyiddin adalah satu-satunya calon PM-11 yang layak, seperti dilaporkan media pada 19 November 2024, “tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat MPT mahupun Biro Politik Bersatu dan ia dibuat secara semberono untuk mengampu Presiden tanpa menghiraukan perasaan rakan-rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain.”

“Inilah sahaja kebolehan dan fungsi yang dia miliki sebagai Naib Presiden. Mengampu, membodek dan menjilat – yang lain tiada. Kata Ronald. 




Sumber
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)