Kesemua ADUN BN hilang kepercayaan dan tarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan rentetan krisi dalaman yang sedang berlaku.
BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN
KENYATAAN MEDIA
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN
UMNO BN Negeri Sembilan mengambil maklum berkenaan dengan krisis yang melibatkan Institusi Adat dan Perlembagaan di Negeri Sembilan.
Saya bersama 13 orang ADUN yang mewakili UMNO BN Negeri Sembilan sangat berdukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku. Sebagai sebuah parti yang sangat menghormati Institusi Adat dan Perlembagaan, kami tidak akan sesekali mengambil pendirian untuk mencampuri urusan yang berkaitan.
Sebagai makluman, kami Exco daripada UMNO BN tidak pernah dimaklumkan dalam sebarang perbincangan di peringkat Kerajaan Negeri, dan hanya mengetahui krisis ini apabila keadaan sudah berada pada tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum.
YAB Menteri Besar sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar dalam krisis ini.
Krisis yang berlaku ini dilihat bakal menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi kesan mendalam kepada kestabilan kerajaan serta keharmonian rakyat.
Sehubungan dengan itu saya ingin mengumumkan:
1. Kesemua 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan dengan ini sebulat suara hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Kami juga ingin menegaskan bahawa:
1. Kami mendokong penuh serta mempertahankan Institusi Adat dan Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, dan mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri, sekaligus dapat memberikan fokus kepada objektif mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri.
Pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media ini.
ADUN BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN
27 APRIL 2026 / 9 ZULKAEDAH 1447 HIJRAH