Apa Yang PAS Melaka Harapkan Dengan Kemasukan Bekas Pengarah Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara

Melaka Digest
By -
0

Melalui satu hantaran dari akaun media sosial dipercayai milik Dahlan Maamor, beliau ada memuat naikkan kenyataan bahawa bekas Pengarah Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara, Tuan Haji Mesran telah mengisi borang untuk menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS.


Mesran kelihatan menyerahkan boring keahliannya kepada YB PAS DUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Apa yang menariknya, rakyat Melaka tertanya, apa yang PAS Melaka harapkan dengan penyertaan bekas penjawat awam yang berpangkat tinggi ini?

Adakah PAS mengharapkan beliau menyerang kerajaan pusat dengan mendedahkan segala kelemahan agensi yang pernah beliau menjadi ketuanya?

Adakah Mesran akan turut menyerang dan mendedahkan kelemahan Jabatan Budaya dan Kesenian Negara cawangan Melaka?

Atau adakah Mesran akan memberi cadangan penambahbaikan setelah beliau pencen dan tidak lagi berkuasa?

Atau PAS hanya menggunakan beliau sebagai bahan kempen kononnya bekas pegawai tinggi kakitangan awam memilih PAS selepas pencen?

Atau setelah pencen baharulah diketahui umum bahawa Mesran selama ini adalah jentera rahsia PAS di dalam jabatan tersebut?
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)