Terima Hamzah, PAS Tidak Pedulikan Perasaan Muhyiddin

Melaka Digest
By -
0

PAS mengesahkan belum menerima sebarang permohonan daripada Dato' Seri Hamzah Zainudin untuk menyertai parti itu serta menjelaskan dasar keterbukaan PAS untuk menerima ahli baharu melalui permohonan.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keahlian parti itu terbuka kepada semua, namun perlu melalui proses permohonan rasmi sebelum dipertimbangkan.

“Setakat ini PAS tidak menerima apa-apa permohonan dari Dato' Seri Hamzah atau mana-mana Ahli Parlimen yang ada.

"PAS ini terbuka, sesiapa yang nak masuk kena mohon dan baru kita buat keputusan, ikut prosedur biasa,” katanya.

Beliau berkata, sebarang dakwaan berkaitan penyertaan mana-mana individu ke dalam parti itu tidak boleh disahkan tanpa permohonan rasmi yang dikemukakan.

"Kelmarin pun kita terima lebih 2,000 ahli baharu PAS yang terdiri dari bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan (Persekutuan) dan dari parti lain pun ada.

"Ada seorang ahli baharu yang bersara dengan pangkat Ketua Pengarah di sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan, kita terima," tambahnya. BACA di SINI.

Sementara itu, Hamzah dilaporkan belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan ke dalam mana-mana parti, sambil enggan mengulas lanjut tentang spekulasi politik itu.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)