Banyak Sangatkah Duit Papagomo?

Melaka Digest
By -
0

Dalam ekosistem dunia digital yang sukar dikawal, nama Wan Muhammad Azri Wan Deris muncul bukan sekadar sebagai pempengaruh kontroversi tetapi sebagai alat kepada kumpulan yang ‘maha kaya’?

Keberanian beliau bercakap tanpa rasa takut sehingga kerap diseret ke mahkamah menimbulkan tandanya, “banyak sangatkah wang simpanan dia?

Papagomo dilihat tidak sedikit pun gentar berdepan tindakan undang-undang. Apakah ini tanda kekuatan kewangan yang luar biasa atau lebih tepat, manifestasi kepada satu bentuk keberanian yang bersandar kepada persepsi bahawa saman hanyalah “harga kecil” untuk kekal relevan?

Rentetan kes yang melibatkan beliau memberikan gambaran yang jelas. Dalam kes saman fitnah oleh Fahmi Fadzil pada tahun 2023, dakwaan bahawa Fahmi berpolitik di dalam masjid akhirnya diselesaikan secara damai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kedua-dua pihak mengakui bahawa isu tersebut berpunca daripada salah faham.

Walaupun tiada penghakiman penuh, penyelesaian ini secara tidak langsung menutup ruang untuk mempertahankan dakwaan asal secara terbuka. Lebih signifikan, dalam kes melibatkan Papagomo- Khairy Jamaluddin, mahkamah telah memutuskan beliau perlu membayar ganti rugi selepas didapati memfitnah.

Malah, sejarah lama melibatkan saman Anwar Ibrahim terhadap Papagomo dan berakhir dengan Papagomo membayar hampir RM1juta dengan duit syiling. Bukan isu bayar dengan wang jenis apa tetapi ada membuat pembayaran yang membawa maksud, yang kalah saman ada duit untuk membayar saman tersebut.

Ramai juga bertanya, di belakang dia ada ‘tukang cop duit’?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)