PRU16: Kerusi Bertanding Perlu Restu PAS?

Melaka Digest
By -
0

Isu “hak mutlak kerusi” yang dinyatakan oleh pimpinan Bersatu dipersoal secara terbuka. Kenyataan yang kononnya mahu menunjukkan kekuatan parti, kini bertukar menjadi cerminan rapuhnya struktur dalaman Perikatan Nasional (PN).


Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara terbuka menyelar dakwaan tersebut sebagai tidak berpijak di bumi nyata, ia bukan sekadar perbezaan pandangan, ia adalah pengakuan jujur bahawa naratif kekuatan Bersatu selama ini dibina atas persepsi, bukan realiti.

Menurut beliau pilihan raya tidak dimenangi atas nama parti semata-mata. Ia dimenangi oleh jentera, akar umbi, dan pengaruh sebenar di lapangan. Dan dalam banyak kawasan, termasuk Machang, terbukti dengan jelas bahawa jentera Parti PAS adalah nadi kemenangan, bukan Bersatu.

Lebih mengejutkan, Wan Fayhsal sendiri mengakui bahawa kelangsungan politiknya di kawasan tersebut bergantung kepada restu kepimpinan PAS. Ini bukan sekadar kenyataan politik, ini adalah pengakuan terbuka bahawa “kerusi milik parti” hanyalah ilusi jika kekuatan sebenar berada di tangan rakan gabungan.

Menurut Wan Fayhsal dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz bahawa semua kerusi dimenangi pada PRU15 adalah hak mutlak Bersatu kelihatan terdesak.

Pandangan ini turut disokong oleh ahli parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob yang menyifatkan tuntutan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia tersebut sebagai terlalu gelojoh. Dalam dunia politik gabungan, istilah “hak mutlak” bukan sahaja tidak praktikal, malah boleh menjadi racun yang merosakkan kepercayaan antara parti.

Jika restu PAS menjadi penentu, maka siapakah sebenarnya “tuan” dalam gabungan ini?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)