Hamzah Begitu Berharga Bagi PAS?

Melaka Digest
By -
0

Pelawaan terbuka oleh Shahidan Kassim agar parti baharu yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin menyertai Perikatan Nasional (PN) membawa mesej bahawa gabungan itu mungkin sedang bergelut untuk mengekalkan denyut nadi politiknya.


Kenyataan Shahidan kelihatan seperti strategi memperkukuh barisan pembangkang. Namun di sebaliknya memperlihatkanPN kini berada dalam keadaan terdesak sehingga tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Menurut pemerhati politik kemasukan Hamzah ke dalam PN berpotensi membuka lebih banyak ruang konflik berbanding penyelesaian. Kedudukannya yang kini dilihat bertentangan dengan Muhyiddin Yassin menjadikan sebarang usaha penyatuan sebagai satu proses yang sarat dengan risiko. Ini bukan sekadar soal menerima ahli baharu tetapi soal mengurus pertembungan dua pengaruh besar dalam satu gelanggang yang sama.

Isu paling kritikal pastinya berkisar kepada pembahagian kerusi kerana kesemua kerusi Hamzah dan penyokongnya adalah kerusi Bersatu dan Muhyiddin tidak akan benarkan kumpulan Hamzah bertanding di kerusi tersebut. PAS juga tidak akan korban kerusi milik mereka kepada Hamzah dan kumpulannya kecuali calon tersebut adalah dari ‘orang kuat PAS’ yang berlakon menjadi orang Hamzah seperti yang PAS lakukan di pilihanraya kecil DUN Nenggiri. 
 
Calon Bersatu di pilihanraya kecil tersebut adalah ahli PAS yang kononnya keluar PAS masuk Bersatu sebelum hari penamaan calon.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)