JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang dilaporkan cedera selepas tertembak dirinya sendiri di bahagian dada ketika melakukan latihan menembak di salah sebuah pusat latihan di Kota Tinggi, di sini hari ini.
Difahamkan, ahli politik itu sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta susulan telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – KOSMO! ONLINE
