Masihkah anda ingat bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat doktor yang mengeluarkan surat cuti sakit kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan ini berlaku pada tahun 2020 ketika kes beliau berhadapan dengan kesnya di mahkamah.
Peguam bela Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh menyatakan “Doktor yang mengeluarkan MC kini sedang disiasat oleh SPRM. Ini adalah ugutan,”. Datuk Jagjit Singh juga menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai cubaan menakutkan doktor berkenaan dan perbuatan tersebut langsung tidak boleh diterima.
Namun, pendakwa raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram menolak hujah Jagjit dan menyatakan SPRM melakukan tugas mereka. “Sekiranya doktor berkenaan rasa dia diugut, beliau perlu membuat laporan,” katanya.
Malah Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan mahkamah tidak akan campur tangan dan bersetuju dengan Sri Ram bahawa doktor itu perlu membuat laporan jika dia rasa takut.
Jika alasan ADUN Rembia adalah kerana kakinya retak, bagaimana beliau boleh hadir di ceramah politik PAS Melaka semalam?
Walaupun ADUN Rembia bukannya naik-turun mahkamah tetapi pemberian cuti sakit selama dua bulan tersebut menjadi tandatanya.
