Hamzah Masuk PAS?

Melaka Digest
By -
0

Percaturan terbaru Hamzah Zainuddin semakin mengundang tanda tanya, bukan kerana strategi yang luar biasa tetapi kerana kekaburan yang seolah-olah disengajakan.

Istilah “rumah baharu” yang diulang-ulang kedengaran lebih seperti alasan selamatkan diri yang cuba membeli masa, bukan memberi kepastian. Lebih menarik, apabila apabila Hamzah menyatakan bahawa “rumah” itu rupa-rupanya sudah lama wujud, sekadar menunggu penghuni baharu yang kehilangan alamat.

Apabila beliau memberi bayangan bahawa Parti PAS berpotensi menjadi destinasi, naratif mula tersusun dengan lebih jelas. Ini bukan soal membina rumah baharu tetapi menumpang rumah orang dan cuba menjualnya sebagai keputusan strategik. Dalam bahasa mudah, ini bukan hijrah politik, ini “political escape plan”.

Sindiran “rumah tanpa bumbung” bukan lagi retorik kosong. Ia mencerminkan realiti bahawa wadah politik yang cuba dibentuk atau disertai kini masih belum menawarkan perlindungan sebenar baik dari segi kestabilan, hala tuju mahupun keyakinan penyokong. Jika benar 19 daripada 25 Ahli Parlimen bersama beliau, mengapa masih mencari rumah?

Lebih ironi, naratif perjuangan yang dibawa kononnya demi kepimpinan Melayu yang adil dan berprinsip, kedengaran megah tetapi tidak selari dengan gerakan di belakang tabir. Politik bukan sekadar slogan. Ia tentang konsistensi dan apabila langkah berubah terlalu kerap, rakyat mula melihatnya bukan sebagai strategi, tetapi survival.

Kenyataan bahawa “parti baharu mungkin parti lama” sebenarnya membuka pekung yang lebih besar iaitu kekeliruan yang cuba diselindung dengan permainan bahasa. Dalam situasi ini, arah itu sendiri masih kabur dan Hamzah gagal untuk sembunyikannya.

Malah, bayangan tentang “Parti Keluarga Malaysia” yang sebelum ini digembar-gemburkan kini seolah-olah lenyap begitu sahaja dengan meninggalkan persoalan sama ada ia sekadar ujian reaksi atau maklumat yang tidak pernah benar-benar wujud. Jika asas pun tidak kukuh, bagaimana mahu bina rumah?

Langkah Hamzah ini bukan cerita tentang membina masa depan tetapi tentang menyelamatkan kedudukannya. “Rumah tanpa bumbung” kerana penyokong reda dikencing sepanjang hayat. Kuyup sepanjang hayat dan Hamzah rela.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)