“Ampun Tuanku Mohon Berhenti Sekejap”: Cerita Yang Sebenarnya

Melaka Digest
By -
0

Tular di media sosial semalam ‘kisah menyentuh hati’ apabila sepasang suami isteri sanggup menahan konvoi Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi memohon bantuan berkaitan bekalan elektrik untuk rumah kedai mereka yang didakwa sudah tertangguh selama 13 tahun.


Namun di sebalik emosi dan simpati rakyat terhadap kisah tersebut, muncul pula pelbagai naratif politik yang cuba memutarbelitkan keadaan sehingga ada pihak mengambil kesempatan menyerang kerajaan negeri dan pihak tertentu tanpa melihat fakta sebenar secara menyeluruh.

Hakikatnya, rakyat Pahang sememangnya mengetahui bahawa Tuanku Sultan Pahang terkenal sebagai seorang pemerintah yang amat prihatin terhadap nasib rakyat. Baginda bukan sahaja mudah didekati, malah sentiasa segera menghulurkan bantuan apabila mengetahui ada rakyat yang berada dalam kesusahan.

Sebab itu, apabila insiden tersebut berlaku, reaksi pantas baginda bukan sesuatu yang mengejutkan.

Namun apa yang lebih mengecewakan ialah bagaimana isu ini cepat dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk menyerang kerajaan negeri sedangkan Kampung Kuala Sat di bawah DUN Tahan YB Zakwan wakil rakyat PAS serta Parlimen Jerantut yang juga diwakili PAS.

Jika wakil rakyat yang dipilih benar-benar turun padang secara konsisten dan memahami masalah rakyat di kawasan masing-masing, adakah perkara seperti ini perlu sampai kepada tahap rakyat menahan konvoi Sultan demi mendapatkan perhatian?

Menuding jari kepada kerajaan negeri semata-mata bukanlah jalan mudah untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri.

Dalam masa sama, rakyat juga perlu memahami bahawa isu bekalan elektrik ini bukan semudah “mohon terus dapat”.

Terdapat beberapa syarat teknikal dan perundangan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu sambungan elektrik boleh diluluskan.

Tanah milik kerajaan?

Antaranya ialah dokumen hak milik tanah.


Di bawah peraturan dan Akta Bekalan Elektrik 1990, pemasangan bekalan elektrik memerlukan status tanah yang sah seperti geran atau TOL (Temporary Occupancy License). Tanpa dokumen tersebut, pihak berkaitan termasuk TNB berdepan kekangan undang-undang untuk meneruskan pemasangan.


Selain itu, ramai tidak sedar bahawa kos penyambungan elektrik khususnya di kawasan pedalaman bukan sekadar pemasangan meter biasa.


Jika kedudukan premis terlalu jauh daripada tiang elektrik sedia ada, kos pemasangan tambahan boleh mencecah puluhan ribu ringgit kerana melibatkan pembinaan infrastruktur baharu termasuk pemasangan banyak tiang elektrik.

Difahamkan juga terdapat kekangan berkaitan kelulusan tanah kerana pihak Pejabat Tanah tidak mahu ia menjadi contoh yang boleh membuka ruang kepada lebih banyak pencerobohan tanah pada masa hadapan.

Namun akhirnya, campur tangan Tuanku Sultan membuktikan satu perkara penting.

Institusi Raja di Pahang masih menjadi tempat rakyat bergantung harap ketika berdepan kesusahan.

Dan kerajaan negeri pula dilihat memilih pendekatan menghormati titah serta keprihatinan institusi diraja demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Tanah milik kerajaan?

Apa yang berlaku seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.


Jangan terlalu cepat menjadikan setiap isu rakyat sebagai bahan politik murahan.

Kadangkala, sesuatu isu perlu dilihat secara menyeluruh dengan memahami aspek undang-undang, teknikal, pentadbiran dan tanggungjawab semua pihak.
 


 
 
 




Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)