PAS Pilih Bersatu, Hamzah Sekadar ‘Rakan Politik Sementara’?

Melaka Digest
By -
0

Keputusan Perikatan Nasional (PN) meletakkan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan kumpulannya hanya sebagai “rakan strategik” berbanding “rakan komponen” mula mencetuskan pelbagai tafsiran politik yang semakin panas diperkatakan di peringkat akar umbi Perikatan Nasional. Bagi ramai pemerhati politik, keputusan itu sebenarnya membawa mesej yang cukup jelas bahawa Hamzah masih diperlukan, tetapi belum benar-benar dipercayai sepenuhnya dalam struktur kuasa utama PN.


Malah, ada pemerhati politik yang menyindir situasi tersebut dengan menyifatkan keadaan itu seperti “Bersatu tidak izinkan PAS nikah lain, tapi boleh simpan skandal.” Walaupun kedengaran sinis, sindiran itu mula menggambarkan persepsi bahawa hubungan dalam PN hari ini bukan lagi hubungan yang benar-benar stabil, sebaliknya semakin dipenuhi percaturan kuasa, kompromi sementara dan ketidakpercayaan politik. Dan PAS nampaknya cuba kuasai Perikatan sepenuhnya.

Difahamkan, antara faktor utama kumpulan Hamzah tidak diterima sebagai komponen rasmi PN ialah tekanan daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sendiri yang dikatakan memberi isyarat jelas bahawa Bersatu sanggup mempertimbangkan untuk keluar daripada PN sekiranya Hamzah dan kumpulannya diberikan taraf setara sebagai rakan komponen. Ini menunjukkan bahawa dalam politik PN hari ini, Bersatu masih mahu kekal sebagai pemain dominan yang menentukan arah dan struktur gabungan tersebut.

Menurut pemerhati politik lagi, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar dipercayai sudah membuat kiraan politik yang cukup berhati-hati. Walaupun Hamzah memiliki pengaruh tertentu melalui beberapa ahli Parlimen yang menyokongnya, kekuatan sebenar politik masih dilihat berada pada Bersatu yang mempunyai akar umbi, jentera pilihan raya, struktur organisasi dan rangkaian cawangan di seluruh negara.

Hakikatnya, Hamzah mungkin mempunyai angka atau kelompok sokongan di peringkat elit politik tetapi beliau masih belum memiliki kekuatan jentera yang mampu menandingi keberadaan Bersatu di lapangan. Kumpulan ‘Reset’ yang dikaitkan dengan Hamzah juga dilihat belum benar-benar berjaya membina pengaruh akar umbi yang kukuh untuk berdiri sebagai kuasa politik besar secara bersendirian.

“Hamzah gagal tunjukkan seperti apa yang Rafizi lakukan” kata pemerhati politik itu lagi.

Dalam bahasa mudah politik, Bersatu mungkin sedang lemah dari sudut persepsi rakyat tetapi mereka masih memiliki tentera politik di bawah jika dibandingkan dengan Reset yang begitu lemah. Kumpulan Hamzah dilihat lebih banyak bergantung kepada angka ahli Parlimen dan percaturan elit semata-mata.

Sebab itu ramai melihat keputusan PN ini sebenarnya lebih memihak kepada Muhyiddin berbanding Hamzah. PN dilihat memilih untuk menjaga kestabilan hubungan dengan Bersatu kerana tanpa Bersatu, struktur utama gabungan itu boleh runtuh dalam sekelip mata.

Apa yang lebih menarik, situasi ini juga mula menimbulkan persoalan tentang masa depan hubungan dalaman PN sendiri. Jika hari ini Hamzah hanya diberikan status “rakan strategik”, sejauh mana sebenarnya tahap kepercayaan yang wujud dalam gabungan tersebut?
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)