Rekod Politik Yang Sukar Dinafikan: Siapa Sebenarnya Pernah Bersama DAP?

Melaka Digest
By -
0

Dalam dunia politik Malaysia, persepsi sering dimainkan lebih kuat daripada fakta. Namun apabila sejarah dibuka semula satu demi satu, rakyat sebenarnya mampu melihat siapa pernah bekerjasama dengan siapa dan siapa yang cuba mengubah naratif demi kepentingan politik semasa.


Hakikat pertama yang tidak boleh dipadam daripada sejarah politik negara ialah DAP pernah bersama PAS menumbangkan UMNO Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008.

Ketika itu, PAS dan DAP berada dalam gabungan pembangkang yang sama sehingga berjaya merampas Selangor, Perak dan Pulau Pinang daripada BN. Malah ketika era tersebut, pelbagai pemimpin PAS sendiri turun berkempen bersama DAP atas nama perjuangan politik bersama.

Kemudian pada PRU14 tahun 2018, sejarah sekali lagi membuktikan DAP menjadi sekutu rapat BERSATU menerusi Pakatan Harapan 1.0. Gabungan itu berjaya menumbangkan UMNO BN buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia selepas lebih enam dekad pemerintahan Barisan Nasional.

Ketika itu, tiada pula pihak yang menafikan hubungan politik antara DAP dan BERSATU. Mereka berkongsi pentas, manifesto, jentera pilihan raya dan membentuk kerajaan bersama selepas kemenangan PRU14.

Namun apa yang menarik untuk diperhatikan, sepanjang sejarah pilihan raya negara, DAP tidak pernah bekerjasama secara rasmi dengan UMNO BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai sekutu politik yang bergerak di bawah satu gabungan pilihan raya.

Fakta ini penting kerana hari ini pelbagai tuduhan dimainkan bagi membentuk persepsi bahawa UMNO BN kononnya tunduk atau menjadi sekutu politik tetap kepada DAP. Sedangkan sejarah membuktikan pihak yang pernah benar-benar bergabung dan berjuang bersama DAP untuk menjatuhkan UMNO BN ialah PAS dan juga BERSATU sendiri.

Rakyat hari ini semakin bijak menilai. Politik persepsi mungkin boleh dimainkan di media sosial tetapi rekod sejarah tetap tidak boleh dipadam.



Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)