Ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup, harga makanan meningkat dan tekanan ekonomi semakin menghimpit, Hamzah Zainuddin tunjukkan cara bagaimana nak “membesarkan kek ekonomi” dan memastikan ada “food on the table” untuk rakyat kepada pengikut ‘Reset’nya
Realitinya Hamzah tidak berpijak di bumi nyata apabila anaknya sendiri dilihat didakwa di mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 berkaitan pelantikan syarikat perunding bagi projek bernilai RM33 juta. Kes itu bukan kecil.
Menurut pertuduhan, syarikat berkaitan menerima komisen RM700,000 selepas sebuah tender berkaitan infrastruktur keselamatan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Lebih mengejutkan, pendakwaan mendakwa pelantikan tersebut berlaku kerana “pengaruh” yang dimiliki tertuduh.
Jadi, adakah ini yang dimaksudkan dengan “membesarkan kek ekonomi”?
Kerana bagi rakyat biasa, “kek ekonomi” sepatutnya bermaksud peluang pekerjaan lebih baik, harga barang lebih stabil, gaji lebih tinggi dan makanan cukup atas meja keluarga. Bukan kek projek, kek komisen atau kek pengaruh.
Malah “food on the table” pula sepatutnya membawa maksud kerajaan membantu rakyat memastikan dapur sentiasa berasap dan anak-anak tidak tidur lapar.
Tetapi apabila rakyat membaca kes melibatkan projek jutaan ringgit, komisen ratusan ribu dan dakwaan penggunaan pengaruh untuk melantik syarikat tertentu, rakyat mula melihat perbezaan besar antara slogan politik dan realiti.
Hakikatnya, hanya kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu dikenali sebagai kerajaan yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat dan tidak pernah melupakan soal makanan atas meja rakyat.
Daripada subsidi asas, bantuan sara hidup, kestabilan harga barang hinggalah pembangunan ekonomi luar bandar, BN sentiasa membawa pendekatan memastikan manfaat ekonomi sampai kepada rakyat biasa, bukan hanya berlegar dalam kelompok tertentu.
Sebab itu rakyat hari ini semakin matang menilai. Mereka tidak lagi melihat siapa paling kuat bermain dengan kata-kata dan membuat kelas mengajar bagaimana nak buat kek ekonomi.
Rakyat mahu melihat siapa benar-benar menjaga kebajikan rakyat, memastikan ekonomi berkembang secara adil dan memastikan “food on the table” itu benar-benar berada di rumah rakyat, bukan sekadar menjadi retorik politik.

