Jurulatih Bola Jaring Tadika PASTI Diberhentikan Serta Merta Kerana Beliau Ahli Puteri UMNO?

Melaka Digest
By -
0

Kontroversi melibatkan seorang jurulatih bola jaring wanita di Melaka kini mula panas, adakah segala-galanya perlu dilihat melalui kanta politik sehingga urusan sukan tadika sekalipun tidak boleh dipisahkan daripada perbezaan ideologi?


Wanita berkenaan, Zuleeda Addilla, tampil membuat kenyataan terbuka bahawa beliau dipercayai diberhentikan serta-merta daripada tugas sebagai jurulatih bola jaring PASTI selepas memuat naik gambar dan pendirian politiknya sebagai ahli Puteri UMNO.

Menurut beliau, gambar yang dimuat naik sebenarnya merupakan gambar lama tahun lalu ketika beliau sudah pun menjalankan tugas sebagai jurulatih.

Malah, Zuleeda mendakwa beliau sebelum ini diberi kepercayaan menjadi jurulatih bola jaring peringkat daerah Jasin sebelum turut dilantik ke peringkat kebangsaan mewakili Melaka. Beliau adalah jurulatih bertauliah.

Namun keadaan berubah apabila beliau secara terbuka menyatakan pendiriannya.
“Baju boleh berbeza, tugas boleh berubah… tapi prinsip perjuangan tetap sama. Saya tetap berdiri teguh bersama UMNO demi agama, bangsa dan tanah air,” tulisnya
 
Beliau turut menegaskan bahawa sepanjang menjalankan tugas, dirinya kekal profesional walaupun bertugas di program institusi berkaitan PAS.

Apa yang lebih mengejutkan, beliau mendakwa pemecatan tersebut berlaku hanya selepas beliau memuat naik status tersebut dan tular di media sosial hari ini.

Ramai netizen tanya, adakah seseorang tidak lagi layak melatih sukan kanak-kanak hanya kerana mempunyai kecenderungan politik berbeza?

Lebih ironik, menurut Zuleeda, padang yang digunakan untuk latihan pasukan tersebut juga dikatakan diusahakan olehnya sendiri selepas mendapat kebenaran daripada YB Dr Akmal untuk digunakan secara percuma.
“Itu gambar tahun lepas dan saya baru muat naik hari ini, semua jadi kecoh dan akhirnya saya dipecat dari menjadi jurulatih bagi tadika PASTI tersebut” 
 
“Pengarah PASTI Melaka juga meminta pegawainya menyiasat siapa saya..”
 
Dalam masa sama, kontroversi ini turut muncul ketika PAS masih berdepan polemik lain melibatkan kenyataan seorang pemimpinnya berkaitan isu sahabat Nabi SAW yang sebelum ini mencetuskan perdebatan besar dalam kalangan masyarakat Islam.

Kini timbul pula isu lain yang memperlihatkan bagaimana perbezaan politik didakwa boleh membawa kepada tindakan terhadap individu tertentu.

Apa yang PAS ingin tonjolkan kepada rakyat Malaysia sebetulnya?

Apa acuan yang ingin PAS bawa apabila mereka menjadi pemerintah di kerajaan pusat dan juga di peringkat negeri Melaka jika isu sukan pun mereka boleh jadikan bahan dan alasan untuk memberhentikan seseorang hanya kerana berlainan idealogi?
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)