Ahli Puteri UMNO Hanya Ingin Membantu Pasukan Bola Jaring, Pengarah PASTI Melaka Ingin Berpolitik

Melaka Digest
By -
0

“Pengarah Tadika PASTI Melaka baru nak minta bukti lantikan?” kata Zuleeda Addilla dengan nada yang kecewa.


“Bagaimana seorang yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk menjaga keseluruhan operasi Tadika PASTI Melaka tidak tahu siapa yang datang dan bantu pasukan bola jaring tadika di bawah seliaannya?”

“Saya ke hulu, ke hilir bersama pasukan tadika PASTI tersebut termasuk ke luar dari Melaka, takkanlah Pengarah PASTI Negeri tidak ambil maklum?” keluh Zuleeda Addilla lagi.


Zuleeda Addilla memaklumkan bahawa beliau dipecat dari menjadi jurulatih kepada Tadika PASTI tersebut hanya kerana status dari akaun facebooknya memuatnaik seperti yang beliau jelaskan sebelum ini, “Baju boleh berbeza, tugas boleh berubah… tapi prinsip perjuangan tetap sama. Saya tetap berdiri teguh bersama UMNO demi agama, bangsa dan tanah air,”.


“Saya tidak ambil hati apabila dimaklumkan bahawa khidmat saya sebagai jurulatih bola jaring dihentikan serta merta kerana selama ini pun niat saya hanya ingin membantu anak-anak kawasan saya dan tidak memilih mereka dari parti politik mana”

“Lagi pun niat saya Ikhlas, cikgu PASTI pun kawan saya dan saya mempunyai ‘sijil level 1’ sebagai pengiktirafan tauliah untuk melatih pasukan bola jaring” katanya lagi.

“Kalau Pengarah Tadika PASTI Melaka inginkan bukti, tanyalah guru tadika tersebut..” tegasnya lagi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)