Pusat Khidmat Atau Sekadar Gula-Gula PRN?

Melaka Digest
By -
0

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir, pembangkang dilihat semakin rancak memainkan pelbagai naratif kononnya mahu tampil sebagai “penyelamat rakyat”.


Namun ramai melihat apa yang berlaku hari ini hanyalah siri baharu gula-gula politik untuk memancing sokongan menjelang musim mengundi.

Sebelum ini, BERSATU Melaka melancarkan Biro Aduan Rakyat (BARA) lengkap dengan pelbagai gimik termasuk peti surat aduan di setiap bahagian serta sistem aduan menggunakan kod QR. 

Di atas kertas, ia kelihatan moden dan mesra rakyat tetapi hakikatnya, sehingga kini ramai masih tertanya-tanya berapa banyak aduan yang benar-benar diselesaikan? Berapa ramai rakyat yang benar-benar dibantu?

Lebih memalukan apabila rakyat melihat banyak pelancaran hanya gah pada publisiti tetapi sunyi daripada tindakan sebenar di lapangan. Mas Ermieyati sudah tidak lagi bercakap mengenai perkara ini.

Dalam kekalutan itu, muncul pula Ali Pasir dan kumpulan penyokongnya yang kini giat menjaja naratif “pusat khidmat rakyat” melalui siri ceramah politik mereka.

Namun apa yang mengundang sindiran ramai ialah apabila pusat khidmat yang diwar-warkan akhirnya hanya tinggal “kaunter cadangan” semata-mata, jauh daripada gambaran besar yang cuba dijual kepada rakyat.

Pemerhati politik melihat tindakan ini lebih kepada usaha membina persepsi kononnya pembangkang dekat dengan denyut nadi rakyat, sedangkan rekod khidmat sebenar mereka masih kabur dan terus dipersoalkan.

Rakyat Melaka hari ini bukan lagi mudah terpesona dengan banner besar, slogan manis, peti surat aduan atau kod QR yang cantik dipromosikan di media sosial.

Apa yang rakyat mahu ialah penyelesaian sebenar terhadap isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, kemudahan asas dan bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Jika semua ini sekadar berhenti pada ceramah politik dan gimik publisiti, maka rakyat akan melihatnya tidak lebih daripada “wayang pilihan raya” yang muncul setiap kali PRN semakin dekat.

Kini persoalan yang mula bermain di fikiran rakyat Melaka ialah selepas BERSATU, apa pula gula-gula politik yang bakal dibawa PAS?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)