Jangan Tabur Janji, Sombong: Anwar Tegur PMX Atau Anwar Tegur Anwar?

Melaka Digest
By -
0

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya tidak menabur janji sebelum menjadi sombong apabila memperoleh kuasa.


Nasihat itu tepat.

Malah terlalu tepat.

Sebab itu ramai yang tertanya-tanya mengapa ada pihak begitu cepat mengaitkan kenyataan tersebut dengan Johor.

Mengapa Johor?

Johor bukan negeri yang terkenal dengan manifesto yang gagal dilaksanakan.

Johor juga bukan negeri yang pernah menjanjikan penghapusan PTPTN, pendidikan percuma, penghapusan tol, petrol RM1.50 seliter atau penghapusan lantikan politik sebelum berdepan realiti yang berbeza apabila memegang kuasa.

Pejam mata dan fikirkan rekod tersebut dimiliki oleh siapa?

Sebab itu apabila Anwar bercakap tentang budaya menabur janji, ramai rakyat sebenarnya tidak memandang ke arah Johor. Ingatan mereka kembali kepada manifesto yang pernah dijulang sebagai dokumen perubahan paling hebat dalam sejarah politik negara.

Rakyat masih ingat.

PTPTN mahu dihapuskan.

Pendidikan percuma dijanjikan.

Tol mahu dimansuhkan.

Harga petrol dikatakan boleh turun kepada RM1.50 seliter.

Lynas mahu ditutup.

Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang portfolio Menteri Kewangan.

Lantikan politik dalam GLC mahu dihentikan.

Kabinet yang lebih kecil dijanjikan atas nama kecekapan.

Senarai itu terlalu panjang untuk dipadamkan daripada ingatan rakyat.

Lebih menarik, sebahagian besar janji tersebut bukan sekadar gagal dilaksanakan. Sebahagiannya akhirnya dipertahankan dengan pelbagai alasan yang bercanggah dengan semangat asal ketika ia dijual kepada pengundi.

Di sinilah letaknya ironi politik yang sebenar.

Kelompok yang suatu ketika dahulu membina kekuatan melalui janji luar biasa kini tampil memberi kuliah mengenai bahaya menabur janji.

Kelompok yang menjadikan manifesto sebagai senjata politik paling ampuh kini terpaksa menjelaskan mengapa banyak janji tersebut tidak lagi kedengaran.

Rakyat bukan marah kerana janji gagal ditunaikan sepenuhnya.

Rakyat memahami bahawa mentadbir negara jauh lebih sukar daripada berkempen.

Apa yang menimbulkan kekecewaan ialah apabila janji yang dahulu dilaungkan dengan penuh keyakinan kini seolah-olah dianggap tidak pernah wujud.

Lebih menghairankan, apabila teguran mengenai budaya menabur janji dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang bernama Anwar Bin Ibrahim sendiri.

Mengapa perlu melihat ke Johor?

Mengapa bukan melihat ke cermin terlebih dahulu?

Rakyat boleh menerima kegagalan.

Rakyat juga boleh menerima kesilapan.

Apa yang sukar diterima ialah apabila pihak yang pernah meraih sokongan melalui janji luar biasa kini bercakap seolah-olah masalah itu tidak pernah berlaku.

Sebab itu apabila Anwar mengingatkan pemimpin supaya tidak menabur janji dan menjadi sombong selepas berkuasa, soalan yang bermain dalam fikiran ramai rakyat bukan lagi siapa yang dimaksudkan.

Soalannya jauh lebih mudah.

Siapa yang paling sukar menjawab teguran tersebut?

Di situlah terletaknya jawapan yang sebenar.

Agak-agak Anwar bercakao untuk siapa sebenarnya?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)