Melihat kepada berita Bernama yang tertera di bawah, ramai rakyat terfikir, maksudnya PKR pernah ada di dalam kumpulan ini bersama dengan Israel?
PKR Tidak Lagi Tersenarai di Laman Sesawang Liberal International
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Nama dan logo PKR telah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International selepas didedahkan bahawa parti itu bukan merupakan ahli organisasi yang berpangkalan di London tersebut.
Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR tidak lagi tersenarai dalam senarai parti atau organisasi dari Asia.
Sehingga jam 3.40 petang hari ini, hanya terdapat tujuh parti atau organisasi dari Asia yang masih disenaraikan di laman sesawang Liberal International.
Semalam, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Liberal International bagi meminta nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi itu.
Menteri Komunikasi dan Digital itu turut menegaskan bahawa PKR tidak pernah menjadi ahli Liberal International. — Bernama

Klik untuk lihat VIDEO