PH Tidak Umum Calon Menteri Besar: Hormat Istana atau Tiada Tokoh Yang Mampu Meyakinkan Johor?

Melaka Digest
By -
0


sedang tular

Sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Johor, soalan dari rakyat terus menghantui Pakatan Harapan (PH), siapakah yang akan menjadi Menteri Besar jika mereka berjaya membentuk kerajaan?


Soalan itu tidak pernah dijawab secara tuntas. Sebaliknya, PH memilih untuk berlindung di sebalik alasan "menghormati institusi diraja", seperti yang dihujahkan oleh Maszlee Malik.

Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan bahawa pelantikan Menteri Besar merupakan hak prerogatif institusi diraja. Itulah amalan yang termaktub dalam sistem Raja Berperlembagaan negara ini. Namun, menghormati istana tidak pernah menghalang mana-mana parti politik daripada mengemukakan tokoh pilihan mereka kepada rakyat sebelum pilihan raya.

Hakikatnya, kedua-dua perkara itu tidak bercanggah.

Mengemukakan calon Menteri Besar hanyalah isyarat politik kepada pengundi tentang siapa yang ingin dipertanggungjawabkan memimpin negeri. Pelantikan akhirnya tetap tertakluk kepada perkenan istana. Justeru, menggunakan alasan "menghormati istana" bagi mengelakkan pengumuman calon hanya mengundang persoalan yang lebih besar.

Adakah PH benar-benar menghormati institusi diraja atau sebenarnya mereka sendiri tidak mempunyai seorang tokoh yang mampu mendapat keyakinan rakyat Johor?

Nama Maszlee Malik sering disebut sebagai antara calon yang berpotensi. Namun rekod politik beliau bukan tanpa kontroversi. Warna peribadi beliau terlalu suram.

Semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau meninggalkan jawatan susulan rombakan Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan. Episod itu terus menjadi bahan bualan politik sehingga hari ini dan sering dijadikan ukuran terhadap prestasi serta keberkesanan kepimpinannya. Maszlee Malik, satu-satunya jemaah kabinet yang dipecat oleh Mahathir ketika itu.

Di Simpang Renggam pula, pengkritik masih mengungkit beberapa janji pilihan raya yang didakwa tidak ditunaikan, termasuk isu berkaitan tol.

Warga Simpang Renggam dan seluruh rakyat Johor juga merasa tertipu dengan janji beliau untuk mansuhkan kutipan tol di Simpang Renggam. Beliau juga menjadi bahan ketawa anak muda apabila mengeluarkan kenyataan betapa kehadiran restoran makanan segera, Mc Donald di Simpang Renggam adalah bukti kejayaannya sebagai wakil rakyat.

Semua ini menjadikan persoalan mengenai calon Menteri Besar bukan lagi sekadar soal nama tetapi soal keyakinan.

Jika PH benar-benar yakin dengan barisan kepimpinannya, mengapa perlu merahsiakan calon sehingga saat akhir?

Rakyat Johor tidak sekadar mengundi manifesto. Mereka mengundi sebuah kerajaan, sebuah pasukan dan seorang pemimpin yang bakal menerajui negeri.

Namun ada lagi satu cerita yang mengejutkan Bangsa Johor, betulkah Maszlee Malik ada pasangan dari keturunan Pakistan?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)