Calon PH Melaka Buat Apa Di Kubur?

Melaka Digest
By -
0







Tidak pasti apa yang dibuat oleh calon PH di kuburan yang dikatakan makam arwah Dato’ Dol Said pahlawan Melayu tersohor dan Penghulu Naning ke-9 yang menentang penjajahan British dalam Perang Naning (1831–1832)bersemadi.

Berdoa di kubur tidak dilarang secara mutlak tetapi mendoakan keampunan dan rahmat untuk si mati merupakan amalan yang disyariatkan.

Nabi SAW mengajarkan doa ketika menziarahi perkuburan, antaranya

أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ

Maksudnya, “Aku memohon kepada Allah kesejahteraan untuk kami dan kamu.”

Riwayat Muslim, hadis 975.

Namun, yang dilarang ialah memuja atau memohon hajat daripada penghuni kubur dengan kepercayaan bahawa mereka mempunyai kuasa memberikan manfaat atau menolak mudarat.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Jinn, ayat 18

فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Maksudnya, “…maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”

Allah SWT turut berfirman dalam Surah Yunus, ayat 106

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.”

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud

“Sesiapa yang mati dalam keadaan menyeru sekutu selain Allah, dia masuk neraka.”

Riwayat al-Bukhari, hadis 4497.

Mungkin calon PH ini wajar menjelaskan tujuan beliau ke situ.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)