![]() |
| Tangkap layar dari status facebook Chegu Bard |
Pencacai Ali Pasir nampaknya masih mencuba untuk membina dan menyebarkan fitnah terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Terbaru, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin kembali dengan aksi lamanya, menyebarkan fitnah bersiri terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan beberapa penjawat awam kononnya menerima “habuan gelaran Datuk”.
Badrul menuduh kononnya pegawai polis, pegawai SPRM, malah Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara sendiri menerima rasuah “gelaran Datuk” daripada Ketua Menteri Melaka. Tuduhan itu disiarkan di laman facebook peribadinya.
Penganalisis politik tempatan melihat tindakan Badrul ini bukan kebetulan. Ia muncul sebaik sahaja krisis dalaman PPBM Melaka meletup, selepas pemecatan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris, orang kuat kepada Mohamad Ali Mohamad, bekas Timbalan Speaker Dewan Negara. Baca di SINI.
Menurut sumber, Azrudin termasuk dalam kem pro-Ali Pasir yang kini semakin hilang pengaruh di Melaka. Maka muncullah Chegu Bard memainkan semula watak lapuk dengan merekayasa persepsi jahat dan kali ini bukan sahaja fitnahnya terarah kepada Ketua Menteri Melaka sahaja tetapi kepada penjawat awam juga.
Hakikatnya, kedudukan Ali Pasir kini goyah. Kes rasuah yang membabitkannya sedang dibicarakan dan besar kemungkinan namanya akan digugurkan daripada senarai calon PPBM dalam pilihan raya negeri akan datang.
Maka, untuk selamatkan imej Boss mereka, fitnah pun disebar. Mudah, cepat, dan diharap boleh viral.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai SOP siasatan yang jelas, berasaskan bukti, bukan emosi. Jika laporan tidak bermerit, ia akan ditolak. Begitu juga dengan tuduhan palsu yang kini boleh disiasat di bawah Akta Fitnah dan Akta Komunikasi & Multimedia.
Badrul bukan orang baharu dalam bab ini. Rekodnya dalam menyebar fitnah dan manipulasi persepsi sudah terlalu banyak dan seperti banyak juga yang terlepas?. Tapi kali ini, dia melangkau sempadan apabila menyerang penjawat awam termasuk pegawai undang-undang tertinggi negara. Itu bukan aktivisme itu jenayah fitnah yang disengajakan.
Ramai masih ingat bagaimana Ali Pasir kecundang teruk dalam PRN Melaka yang lalu, ketika majoriti calon BN menang besar. Sejak hari itu, beliau tidak berhenti menyalahkan orang lain terutama Ketua Menteri hingga ke pegawai kerajaan. Kini, dengan bantuan Badrul, dendam itu dihidupkan semula dalam bentuk fitnah baru.
Rakyat Melaka bukan bodoh. Mereka tahu membezakan antara pendedahan fakta dan drama politik
Fitnah seperti ini bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tetapi mencemar institusi penguatkuasaan. PDRM dan SPRM wajar memanggil Badrul Hisham untuk siasatan segera. Fitnah yang dilemparkan bukan sekadar serangan politik malah ia adalah cubaan menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara
Sudah sampai masa ahli politik seperti Badrul diajar bahawa kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah, dan Facebook bukan mahkamah perbicaraan awam.
"Budak Ali Pasir” bukan peguam, bukan hakim, dan bukan pejuang integriti. Dia hanyalah bekas calon kalah yang kini menunggang fitnah demi menutup luka lama. Dan Chegu Bard pula hanyalah pemain lama politik desperado yang sanggup memperdagangkan kebenaran untuk sedikit perhatian di media sosial. Mungkin sedikit dedak?
Rakyat Melaka sudah matang. Mereka tahu siapa bekerja, siapa menabur fitnah dan kali ini fitnah mereka sudah terlampau jauh.

