Sumber dari Tanah Bertam mendedahkan satu naratif yang mengejutkan serta sarat dengan percanggahan berhubung seorang individu yang sebelum ini tampil mendakwa dirinya “diupah” untuk menjatuhkan reputasi Ali Pasir.
Pendedahan dalaman itu bagaimanapun membuka sisi lain yang menimbulkan persoalan serius tentang kredibiliti individu berkenaan apabila beliau bukan sekadar dikaitkan dengan judi dalam talian, sebaliknya didakwa sebagai penjudi tegar yang terlibat dalam pelbagai bentuk perjudian daripada judi daun terup sehinggalah kepada judi laga ayam?
Mansur Bhai wajib menafikan isu ini terlebih dahulu dan sebaiknya dia melakukan sumpah laknat di Pulau Melaka atau mana-mana Masjid atau surau di Melaka secara ‘live’.
Menurut sumber, latar belakang ini secara langsung mencetuskan keraguan terhadap motif sebenar pendedahan yang dibuat.
Persoalannya, sejauh mana kewibawaan seseorang yang bergelumang dengan masalah ketagihan dan gaya hidup berisiko untuk dijadikan “saksi moral” dalam naratif kononnya wujud konspirasi politik berskala besar? Ini semua kerana Mansur Bhai mengaku menerima wang dengan jumlah yang terlalu banyak bagi individu sepertinya dan dihabiskan di dalam masa yang sekejap?
Lebih menghairankan, individu sama mendakwa beliau diupah oleh Ketua Menteri untuk menjatuhkan reputasi Ali Pasir sedangkan umum mengetahui bahawa Ketua Menteri merupakan musuh utama Mansur Bhai sendiri.
Hampir setiap hari, Mansur Bhai menyerang Ketua Menteri dengan pelbagai tuduhan, kata-kata kesat dan serangan peribadi termasuk mempersenda sifat tubuh badan Ketua Menteri. Di sinilah logik akal mula runtuh, apakah rasionalnya seseorang “diupah” untuk menyerang musuh yang sememangnya sudah menjadi sasaran tetapnya sejak sekian lama?
Dari sudut kronologi politik pula, dakwaan tersebut semakin sukar dipertahankan. Tidak masuk akal untuk mengupah seseorang bagi menjatuhkan individu yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.
Ali Pasir telah pun tewas dalam pilihan raya negeri, ditolak dalam pemilihan parti di peringkat bahagian(UMNO) malah tidak dipertahankan oleh kepimpinan parti yang baharu disertainya(BERSATU) ketika berdepan tuduhan-tuduhan besar. Jika seseorang itu sudah ditolak oleh pengundi dan struktur parti, apakah keperluan untuk mengupah Mansur Bhai lakukan “fitnah terancang” untuk memastikan imej Ali Pasir rosak? Masa depan politiknya yang sudah hancur akibat perbuatan sendiri tetapi mencari jalan menuding jari kepada orang lain?
Apakah manfaat politik untuk menjatuhkan individu yang tidak mempunyai pengaruh, tiada kedudukan dan tidak lagi relevan dalam percaturan kuasa?

Mengapa perlu dibina naratif kononnya beliau sudah “tidak diterima rakyat” melalui operasi khas, sedangkan realiti politik dan keputusan pilihan raya telah pun menjawab hakikat tersebut dengan jelas?
Ali Pasir bertanding atas tiket parti yang sama dengan Ketua Menteri, masuk akalkah jika Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional ingin melihat satu kerusi DUN kalah?
Hubungan Mansur Bhai dan Ali Pasir terlalu rapat dan dibina bertahun-tahun lamanya, masuk akalkah Mansur Bhai sanggup khianati Ali Pasir dengan kadaran upah sebegitu?

Lagi pelik, selepas wang upah telah habis dibelanjakan, timbul lagi persoalan tambahan, siapakah pula yang membiayai langkah seterusnya, termasuk laporan kepada SPRM terhadap Ketua Menteri? Adakah Mansur Bhai lakukan dengan niat amal jariah? Mansur Bhai kerja apa sekarang, kata warga Tangga Batu.
“Mereka berdua terlalu rapat, kat dahi pun boleh nampak nama bosnya..” kata sumber.
Rangkaian dakwaan terancang ini bukan sahaja dipenuhi dengan percanggahan logik, malah membuka persoalan besar tentang agenda sebenar di sebalik pendedahan yang dibuat.

Dalam keadaan naratif yang berubah-ubah, latar belakang peribadi yang meragukan dan ketiadaan bukti kukuh, dakwaan “diupah untuk memfitnah” kelihatan lebih menyerupai skrip politik terdesak berbanding usaha tulen menegakkan kebenaran.
Mansur Bhai sendiri mengaku dengan bangga, duit upah yang banyak jumlahnya telah habis….