Dungun Tiada Orang Asli: Siapa Cuba Menipu?

Melaka Digest
By -
0

Naratif bahawa “Dungun tiada Orang Asli” bukan sahaja pelik, malah terkantoi sebagai propaganda murahan untuk menutup kegagalan tadbir urus. Inilah wajah sebenar pasukan siber lantikan politik, mereka menafikan realiti, memutar fakta dan berharap rakyat lupa apa yang sudah disahkan secara rasmi.


Langkah pertama mereka mudah melakukan ‘gaslighting’. Kewujudan Orang Asli dipadamkan daripada “peta mental” rakyat Terengganu kononnya bagi menafikan hak komuniti ini di Dungun. Hakikatnya, laman rasmi Majlis Keselamatan Negara sendiri mengesahkan kewujudan Orang Asli di daerah tersebut. Bila institusi keselamatan negara mengiktiraf, siapa sebenarnya yang cuba menipu?

Kemudian masuk babak kedua pasukan siber walaun melakukan ‘cherry picking’. Maklumat dipilih-pilih dan kronologi diceritakan separuh jalan. ‘Sejarah’ kononnya bermula tahun 2022, seolah-olah sejarah sebelum itu tidak pernah wujud. Teknik lapuk ini sama seperti gaya segelintir YB yang apabila ditekan dengan fakta, akhirnya terdiam tanpa jawapan. Sejarah penempatan yang wujud sebelum era pentadbiran semasa sengaja dipadamkan.

Fakta yang cuba disorokkan ini jelas iaitu Orang Asli sudah menetap di kawasan tersebut sebelum tanah itu digazetkan sebagai hub pendidikan. Itu reality sebenarnya. Maka tanpa sedar, propaganda ini sendiri mendedahkan kecuaian kerajaan negeri kerana jika benar mahu menggazetkan tanah untuk pembangunan, mengapa tidak dipindahkan dahulu komuniti sedia ada secara berperikemanusiaan? Ternyata prosedur asas ini gagal dilaksanakan.

Apabila hujah semakin rapuh, muncul pula teknik ‘framing’, kononnya isu ini isu teknikal semata-mata malah diputar cerita bahawa Orang Asli “baru muncul” selepas penggazetan Institut Al-Quran. Ini bukan sahaja mengelirukan tetapi menghina akal rakyat. Isu yang dibangkitkan bukan menolak pembangunan sebaliknya menuntut hak Orang Asli, tempat tinggal yang wajar, perlindungan kebajikan dan proses pengusiran yang beradab.

Persoalan yang perlu dijawab kerajaan negeri ialah ini, adakah pembangunan mesti bermula dengan menafikan kewujudan komuniti paling lemah? Jika jawapannya ya, maka masalahnya bukan teknikal tapi ia masalah nilai, keutamaan dan kemanusiaan.

Akhirnya, rakyat wajar menilai sendiri apakah berbaloi atau tidak wang royalti digunakan untuk membiayai propaganda lantikan politik sebegini?

Inilah kualiti komunikasi yang tidak memberi manfaat kepada negeri malah mencalar maruah pentadbiran. Fakta tidak boleh dipadam dengan naratif. Kebenaran tetap muncul dan kali ini, ia muncul dengan bukti.
 

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)