EXCO Kelantan Buat Lawatan Kerja Atau Berswafoto?

Melaka Digest
By -
0

Kejadian jalan runtuh di Laluan Persekutuan FT185, Lojing berlaku 3 Disember 2025, jam 12.00 tengah malam. Jalan ditutup, rakyat terkesan, risiko keselamatan jelas di depan mata tetapi EXCO PAS Kelantan hanya muncul dan “mengambil maklum” pada 19 Januari 2026 iaitu 47 hari kemudian? Adakah ini lawatan kerja atau lawatan kamera?

Sepanjang tempoh itu, JKR sudah pun bertindak. Pemeriksaan tapak dibuat, laluan ditutup demi keselamatan, kajian teknikal dilaksanakan, kaedah pembaikan dikenal pasti (Terramesh Wall System), permohonan peruntukan RM35 juta dikemukakan malah laluan lencongan sementara bernilai lebih RM2 juta turut dicadangkan. Semua ini berjalan tanpa perlu EXCO turun padang untuk bergambar.

Apabila akhirnya EXCO hadir, kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah ‘laporan tahunan JKR’ dibaca semula. Panjang, teknikal, penuh istilah tetapi kosong empati dan tidak rasa tergesa. Rakyat sudah lama menunggu solusi bukan skrip. Datang lewat, baca nota orang lain, ucap terima kasih, itu kerja pemantau atau kerja pengulas?

Lebih mengundang sinis, lawatan itu nampak seperti ritual “hadir, ambil gambar, muat naik, selesai”. Jika benar mahu bekerja kenapa 47 hari?

Jika benar memantau, kenapa selepas semua tindakan kritikal sudah berjalan?

Rakyat tidak perlukan selfi untuk diyakinkan bahawa kerajaan bekerja. Rakyat perlukan kepimpinan yang hadir tepat pada masanya.

Hakikatnya, JKR yang bekerja, bukan politikus yang datang kemudian untuk menuntut kredit. Mengaku “akan terus memantau” selepas hampir dua bulan berlalu hanya menambah persoalan, apa yang dipantau sebelum ini?

Agak-agak lawatan ini boleh 'claim' perjalanan tak?
 


sumber


 

 

 


 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)