Kepulangan Muhyiddin Dari Percutian Panjang Disambut Hambar

Melaka Digest
By -
0

Kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke tanah air semalam dari luar negara setelah bercuti panjang mengundang pelbagai reaksi khususnya mengenai mesej politik yang cuba disampaikan oleh kepimpinan BERSATU. Perlukah sambut kepulangan Presiden parti yang pulang dari ‘enjoy’ di luar negara, apa rakyat dapat?


Ada berita pelaburan atau manfaat strategik kepada rakyat? Jawapnya mudah, sekadar nak tunjuk bahawa Muhyiddin masih ada pengikut setia?

Lebih ketara, kepulangan Muhyiddin disambut secara hambar. Tiada kelibat pemimpin kanan BERSATU mahupun tokoh utama Perikatan Nasional yang hadir menyambutnya. Sebaliknya, sambutan hanya melibatkan beberapa ahli biasa parti dan ini menunjukkan bahawa kedudukan Muhyiddin terlalu goyah setelah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Ketua Penerangan BERSATU dilihat cuba membina naratif tertentu daripada sambutan tersebut. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat apabila beberapa kerat penyokong berkumpul di lapangan terbang dan menyambut kepulangan pemimpin dari percutian mewah di luar negara tanpa sokongan simbolik daripada pimpinan tertinggi partinya sendiri?

Reaksi rakyat di media sosial pula lebih lantang dan sinis. Antara komen yang tular termasuk sindiran seperti, “Pergi jumpa menantu ke?” dan lebih pedas, “Ramai-ramai tu nak tengok muka pencuri.” Ironinya, ungkapan sinis inilah yang pernah digunakan oleh Muhyiddin sendiri untuk menggambarkan kehadiran orang ramai setiap kali Datuk Seri Najib Razak muncul di khalayak.

Dalam politik, persepsi memainkan peranan besar. Kepulangan tanpa pencapaian, tanpa sokongan kepimpinan dan hanya disambut ahli biasa memberi gambaran bahawa Muhyiddin berdepan krisis imej dan pengaruh dalam partinya sendiri.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)