Ketua Pemuda PAS Pusat Kecam Anak Bekas Presiden PAS

Melaka Digest
By -
0

Ketua Pemuda PAS Pusat bagaikan sawan apabila anak kepada bekas Presiden PAS, allahyarham Datuk Fadhil Noor, mengeluarkan kenyataan bahawa PAS hari ini “tidak lagi memiliki tokoh ulama sehebat Tan Sri Abdul Hadi Awang.”


Kenyataan itu segera mencetuskan reaksi keras dan sombong daripada Ketua Pemuda PAS Pusat:


“Ya. Betoi. Lepas hangpa keluaq PAS hari tu, tak dak sorang pun orang PAS yang cerdik. Semua bodo belaka. Sebab PAS bodo tu la dapat kerusi paling banyak di Parlimen. Sebab PAS bodo tu la hangpa tak dak langsung kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis. Sebab bodo tu la hangpa tak menang satu pun kerusi Sabah baru ni. PAS makin lemah dah lani. Tiap2 bulan terima ribuan ahli baru. Pelajar PASTI SRITI pun makin ramai. Semuanya sebab tak dak orang dalam PAS yang cerdik macam hangpa. Betapa rugi dan lemahnya PAS sebab hilang orang cerdik macam hangpa”.

Dalam kenyataan tersebut, beliau secara terbuka menyindir bekas pemimpin dan penyokong yang telah meninggalkan PAS, dengan menegaskan bahawa kejayaan PAS memenangi jumlah kerusi Parlimen yang besar adalah bukti bahawa parti itu tidak memerlukan kelompok yang mendakwa diri mereka lebih “cerdik” atau lebih berwibawa.

Malah, beliau turut menyenaraikan kegagalan pihak berkenaan memenangi sebarang kerusi di negeri-negeri teras PAS seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, serta kegagalan di Sabah, sebagai hujah balas yang keras.

Namun begitu, cara penyampaian yang sarat dengan sindiran dan bahasa kasar menimbulkan persoalan serius dalam kalangan pemerhati politik dan masyarakat umum, adakah ini wajah sebenar politik Islam yang selama ini dibina PAS?

Beberapa pemerhati politik melihat polemik ini sebagai refleksi krisis akhlak politik yang semakin ketara, khususnya apabila perbezaan pandangan dijawab dengan penghinaan terbuka, bukannya hujah berlapik dan berhikmah. Kejelikan perangai ini juga mengingatkan kembali kepada krisis Menteri Besar Perlis yang sebelum ini memperlihatkan kenyataan-kenyataan pimpinan PAS yang dilihat berbaur dendam, ego dan keangkuhan kuasa.

“PAS menang dahulu pun dengan bantuan siapa, dan dengan menggunakan pendekatan apa?” soal seorang pemerhati politik, merujuk kepada sejarah PAS yang pernah bergantung kepada kerjasama strategik serta sokongan pelbagai pihak untuk mencapai kemenangan besar.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)