Kenyataan Chegu Bard di dalam video di bawah ini mengundang persoalan besar mengenai kedudukan sebenar beliau dalam landskap politik BERSATU.
Kekeliruan identity, adakah beliau Ketua Bahagian BERSATU, masih ahli BERSATU atau penyokong setia Mahathir dari Parti Pejuang?
Dalam perkembangan terbaharu, Chegu Bard dilihat semakin terbuka mempamerkan keberpihakan politiknya, sekali gus menguatkan persepsi bahawa beliau bukan sekadar individu lantang bersuara tetapi berperanan sebagai “orang Mahathir” dalam ekosistem BERSATU. Malah, ada pemerhati politik yang menyifatkan beliau sebagai seumpama Trojan Horse yang berada dalam parti, namun bekerja untuk kepentingan luar dengan matlamat melemahkan struktur dalaman dari dalam.
Hubungan dingin antara Chegu Bard dan kepimpinan tertinggi BERSATU, khususnya Muhyiddin Yassin, dilihat sebagai titik mula kepada perubahan sikap tersebut. Kekecewaan kerana tidak diberi perlindungan politik atau sokongan moral serat kewangan ketika berdepan episod berulang keluar masuk balai polis dan mahkamah dipercayai meninggalkan kesan mendalam. Dalam politik, rasa terpinggir sering menjadi benih kepada pembelotan secara senyap.
Dalam keghairahan membina imej sebagai “hero isu” dan whistleblower, Chegu Bard akhirnya terperangkap dengan naratif yang dibinanya sendiri. Isu-isu yang dibawa atas nama keberanian moral bertukar menjadi beban politik apabila ia gagal disokong strategi, konsistensi dan legitimasi dalaman parti. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai keberanian, lama-kelamaan ditafsir sebagai gerakan bersifat peribadi dan bermotifkan dendam politik.
Seiring itu, hubungan rapat Chegu Bard dengan kelompok penyokong tegar Mahathir semakin jelas kelihatan. Kemuncaknya, beliau mula dilabel secara sinis oleh ‘orang-orang kuat Muhyiddin’ sebagai “pengemis QR”.
Pelik, apabila Chegu Bard tidak mencadangkan pemimpin dari BERSATU.
