Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini menyaksikan pendirian paling tegas sayap pemuda parti itu sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh secara terbuka menyatakan hasrat agar UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan demi mempertahankan maruah, prinsip dan kepentingan politik Melayu-Islam yang dilihat semakin terhakis.
Dalam ucapannya, Dr Akmal menegaskan bahawa landskap politik negara kini semakin mencabar dan menuntut UMNO kembali kepada asas perjuangan asal, bukannya terus terikat dalam sebuah gabungan yang gagal menghormati sensitiviti teras orang Melayu dan Islam.
Menurut Dr Akmal, antara faktor utama desakan tersebut ialah sikap dan tindakan DAP yang didakwa semakin hari semakin berani melanggar “garis merah” melibatkan isu orang Melayu dan Islam, tanpa sebarang kawalan atau ketegasan daripada rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau menegaskan bahawa kesabaran UMNO bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya bukti kematangan politik. Namun, apabila prinsip mula dicabar, UMNO tidak boleh terus berdiam diri.
Dr Akmal turut menekankan bahawa ketidakadilan dalam kes Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama kegelisahan akar umbi UMNO. Lebih mengecewakan, terdapat pemimpin dalam Pakatan Harapan yang dilihat tidak sensitif, malah secara terbuka meraikan keputusan mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.
“Tindakan sebegini bukan sahaja mencederakan perasaan ahli UMNO malah mencerminkan kegagalan rakan kerajaan menghormati sejarah, jasa dan sokongan UMNO,” tegas beliau.
Dalam masa yang sama, Dr Akmal menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengulangi episod politik tidak bermoral seperti “tebuk atap”. Penarikan diri daripada Kerajaan Perpaduan, jika berlaku, tidak bermaksud menjatuhkan kerajaan secara paksa.
UMNO, katanya, bersedia membenarkan Perdana Menteri dan Pakatan Harapan mentadbir negara sehingga tamat penggal, tanpa penglibatan pemimpin Barisan Nasional dalam Kabinet.
Pendekatan ini, menurut beliau, adalah langkah berprinsip yang matang, bukan bersifat sabotaj atau pengkhianatan mandat rakyat.
Desakan yang disuarakan Ketua Pemuda UMNO itu menerima sokongan padu perwakilan yang memenuhi dewan, mencerminkan sentimen akar umbi yang semakin jelas dan tidak lagi boleh diabaikan oleh kepimpinan tertinggi parti.
Konvensyen ini menandakan satu isyarat besar: Pemuda UMNO tidak lagi mahu UMNO terus berada dalam keadaan terikat, defensif dan terpaksa berkompromi terhadap prinsip perjuangan.
Ia bukan sekadar suara anak muda parti tetapi amaran awal bahawa masa depan UMNO menuntut keberanian untuk membuat keputusan sukar demi kelangsungan maruah dan kepercayaan penyokong.