Pada tahun 2023, Datuk Seri Ahmad Said tampil berani membuka satu fail besar yang sepatutnya menggoncang Terengganu namun hari ini, fail itu senyap. Persoalannya mudah, apa sudah jadi dengan pendedahan tersebut?* Adakah ia ditimbus masa, atau ditutup kuasa?
Ahmad Said mendedahkan dakwaan serius tentang Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui PAS meluluskan penjualan tanah seluas 70 ekar kepada sebuah syarikat iaitu Falah Maju Sdn Bhd dengan harga yang disifatkan amat tidak masuk akal, RM70,000 sahaja, iaitu RM1,000 seekar.
Tanah tersebut pula berada di lokasi strategik berhampiran Balai Bomba Santung, Paka dengan nilai pasaran ketika itu dianggarkan RM14.165 juta.
Awal kelulusan kononnya untuk pembangunan kolej atau universiti swasta. Namun menurut pendedahan Ahmad Said, syarat kelulusan universiti yang menjadi prasyarat tiba-tiba lesap apabila permohonan dimasukkan kali kedua. Yang tinggal hanyalah kelulusan “pembangunan” tanpa penjelasan mengapa syarat penting itu digugurkan. Kelulusan bertarikh 17 Februari 2021, geran pula dikeluarkan 10 Mei 2021. Cepat, licin, dan murah.
Bandingkan dengan realiti rakyat apabila orang kampung yang mahu membeli tanah pertanian terpaksa membayar jauh lebih mahal tetapi sebuah syarikat swasta boleh memiliki 70 ekar tanah pembangunan pada harga yang tidak sampai nilai sebuah rumah kos rendah. Di mana keadilan?
Namun hari ini, rakyat bertanya, apa perkembangan siasatan itu?
Adakah pihak berkuasa memanggil semua pihak berkaitan?
Jika pendedahan ini tidak benar, jawablah dengan fakta dan dokumen. Jika ada asas, bertindaklah dengan tegas.
Ahmad Said perlu ke SPRM.
sumber
sumber
